awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Pahang setuju laksana PKPB, ubah suai SOP berkaitan - MB

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
08/05/2020
04:47 MYT
Kerajaan Pahang setuju laksana PKPB, ubah suai SOP berkaitan - MB
Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri telah menurunkan kuasanya kepada PBT sepertimana dibincang dan diputuskan pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Rabu lalu. - Gambar fail
Kerajaan Negeri Pahang bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), setelah mengkaji dan memperhalusi serta melakukan pengubahsuaian wajar, ke atas Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, paling utama yang akan ditekankan kerajaan negeri ialah aspek penguatkuasaan yang akan dipertingkatkan oleh agensi-agensi berkenaan, termasuk dalam kalangan pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Ini bagi memastikan kesihatan awam atau rakyat terus terpelihara apabila sektor ekonomi dan sektor awam tertentu dibuka semula, sepertimana ditetapkan di bawah PKPB," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, kerajaan negeri telah menurunkan kuasanya kepada PBT sepertimana dibincang dan diputuskan pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Rabu lalu.
"Perkara ini juga turut dibincang dan diperhaluskan lagi pada mesyuarat mingguan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri yang saya pengerusikan hari ini.
"Apa yang Kerajaan Pahang lakukan ini selari dengan yang telah saya nyatakan dalam kenyataan bertarikh 3 Mei lalu.
"Ia antara lain menyebut tentang sokongan, tetapi meminta untuk mengkaji dan memperhalusinya, agar sesuai dengan kedudukan semasa penularan wabak COVID-19 di Pahang," katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ekonomi
#Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri
#kerajaan
#keselamatan
#kesihatan
#Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
#Menteri Besar
#Pahang
#pandemik
#pengubahsuaian
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#PKP
#PKPB
#rakyat
#SOP
#wabak
#Wan Rosdy Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan