awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buru lelaki disyaki larikan diri dari PUSPEN Bukit Chabang
Pahang sedia kaji cadangan pembinaan laluan kereta api di Cameron Highlands
[TERKINI] Malaysia sambut baik keputusan gencatan senjata Thailand-Kemboja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Pahang sumbang RM20,000 untuk Janushaa

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
16/06/2022
23:10 MYT
Kerajaan Pahang sumbang RM20,000 untuk Janushaa
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan kepada anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu adalah sebagai penghargaan atas kecemerlangan beliau. - Gambar fail/BERNAMA
KUANTAN: Kerajaan Pahang menerusi Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan bersetuju memberi sumbangan RM20,000 berserta sijil penghargaan kepada Pegawai Kadet Kanan (PKK) B. Janusha dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan kepada anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu adalah sebagai penghargaan atas kecemerlangan beliau menjadi pegawai wanita pertama negara berjaya menamatkan Pengajian dan Latihan Ketenteraan di United States Naval Academy (USNA).
"Sememangnya saya amat mengagumi kegigihan Janusha dan juga ahli keluarganya yang lain terutama kedua ibu bapanya yang begitu mengambil berat mengenai masa depan anak-anak sehingga kesemua anak-anak mereka memiliki kerjaya yang hebat.
"Sesungguhnya, kejayaan Janusha ini perlu dijadikan satu inspirasi dan motivasi kepada seluruh rakyat Pahang dan Malaysia mengenai bagaimana perlunya kita mempunyai keazaman dan kegigihan untuk berjaya.
"Sekali lagi saya berharap agar Janusha terus maju dan sukses dalam kerjaya pada masa akan datang," katanya melalui hantaran di laman Facebook pada Khamis.
Janushaa, 23, mencipta sejarah apabila menjadi wanita Malaysia pertama diterima masuk ke USNA dalam kemasukan pelajar negara ini ke akademi tentera berprestij Amerika Syarikat (AS) itu sejak 1971.
Anak bongsu dari tiga beradik itu mula menjalani pengajian dan latihan ketenteraan di USNA pada 2018 selama empat tahun bersama 1,085 pelatih dari AS dan 14 pelatih dari luar negara itu.
Majlis Tamat Pengajian disempurnakan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
Topic Berkaitan
#Janusha
#TLDM
#Pegawai Kadet Kanan
#Wan Rosdy Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan