awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA

Kerajaan Pahang umum KGT Tambahan Khas RM100, libatkan implikasi kewangan RM9.6 juta

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
15/03/2023
03:10 MYT
Kerajaan Pahang umum KGT Tambahan Khas RM100, libatkan implikasi kewangan RM9.6 juta
Wan Rosdy berharap pemberian KGT Tambahan Khas tersebut dapat mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan demi kesejahteraan dan kemakmuran negeri. - Foto fail/BERNAMA
KUANTAN: Kerajaan Pahang bersetuju memberikan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas Tahun 2023 berjumlah RM100 kepada penjawat awam negeri itu.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian ini akan melibatkan implikasi kewangan tahunan sebanyak RM9.6 juta kepada kira-kira 8,000 orang penjawat di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang.
"Kenaikan KGT Tambahan Khas ini adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2022 di mana Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pemberian ini kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional berkuat kuasa 1 Januari 2023.
"Oleh yang demikian, mengambil kira peranan penting penjawat awam negeri yang telah memberikan perkhidmatan kepada rakyat Pahang, Kerajaan Negeri telah bersetuju menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan ini," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook pada Rabu.
Beliau berkata, pemberian KGT Tambahan Khas ini juga tidak akan menjejaskan Pergerakan Gaji Tahunan pegawai bagi tahun 2023 dan tahun berikutnya serta tidak mengubah tarikh pergerakan gaji pegawai.
Jelasnya, adalah diharapkan pemberian KGT Tambahan Khas tersebut, penjawat awam Negeri Pahang dapat mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan demi kesejahteraan dan kemakmuran negeri.
Topic Berkaitan
#KGT Tambahan Khas
#Wan Rosdy Wan Ismail
#Kerajaan Pahang
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.