Kerajaan akan memastikan segala usaha membawa pulang jenazah serta bantuan diberikan kepada keluarga mangsa kemalangan bas di Chiang Mai, utara Thailand hari ini.
Najib berkata beliau sedih mendengar berita kemalangan itu yang mengorbankan 13 rakyat Malaysia.
"Saya sedih mendengar berita kemalangan di Chiang Mai di mana 13 rakyat kita terkorban. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
"Kerajaan akan memastikan segala usaha dibuat bagi membawa pulang jenazah serta bantuan diberikan kepada keluarga mangsa," katanya dalam akaun Facebook dan Twitter beliau malam tadi.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam akaun Twitternya malam ini turut menzahirkan takziah dan berharap Duta Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussin melakukan yang terbaik bagi menguruskan perkara itu.
"Takziah kepada keluarga 13 rakyat Malaysia yang terkorban akibat kemalangan di Thailand. Diharap Duta kita lakukan terbaik untuk urus semua jenazah," kata Ahmad Zahid.
Seramai 13 rakyat Malaysia disahkan maut manakala sembilan lagi cedera termasuk empat parah dalam kemalangan bas di Chiang Mai pada Ahad.
BACA: Rakyat Malaysia maut dalam kemalangan bas di Thailand - Duta Malaysia
Dalam kejadian 11.30 pagi waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia) itu, seramai 22 rakyat Malaysia berada dalam bas berkenaan selain beberapa penumpang lain yang belum dikenal pasti kewarganegaraan mereka.
Bernama
Mon Dec 21 2015
NAJIB: Saya sedih mendengar berita kemalangan di Chiang Mai di mana 13 rakyat kita terkorban. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. - Gambar fail
Dijangka stabil 2024, pertumbuhan kekal 3 tahun akan datang
Menurut Nga Kor Ming, pasaran hartanah menunjukkan pertumbuhan ketara dan berdaya tahan dengan kaunter hartanah individu mencatatkan pertumbuhan harga saham sehingga 600 peratus
Thailand sasar RM386 bilion tahun ini
Awal bulan ini, kerajaan Thailand mengumumkan langkah baharu untuk meningkatkan sektor pelancongan, termasuk pengecualian visa, memperluas senarai visa semasa ketibaan dan memperkenalkan kategori visa baharu.
Maybank IB naikkan unjuran sasaran akhir tahun kepada 1,680
Maybank IB berkata FBM KLCI mencatatkan prestasi baik dalam tempoh lima bulan pertama 2024 dan merupakan salah satu pasaran merekodkan prestasi terbaik di rantau ini.
Jualan Proton meningkat 13.6 peratus pada Mei
Jualan bagi lima bulan pertama dicatatkan sebanyak 62,697 unit, sekali gus mengukuhkan kedudukan tempat kedua Proton dalam keseluruhan jualan automotif nasional dengan pegangan pasaran dianggarkan pada 19 peratus.
Tidak mustahil kejutkan Thailand di Piala Raja Thai - Sumali
Berdasarkan prestasi di Piala Dunia lalu dan Sukan SEA Kemboja tahun lepas, peluang skuad negara mengatasi pasukan gergasi dunia itu adalah 50-50.
Purata harga minyak brent dianggar AS$86 separuh kedua - BMI
Mengenai permintaan minyak, BMI meletakkan pertumbuhan tahun ini pada 1.9 juta tong sehari, dengan China dan India menyumbang lebih 40 peratus daripada peningkatan global bersih dalam ramalan penggunaan bahan api pada 2024.
Abdullah syukur juruterbang, pelatih pesawat yang dibantunya dalam keadaan sihat
Abdullah memberikan bantuan kepada jurulatih penerbangan dan pelatih sebuah pesawat ringan yang terhempas di Ladang Besout 2 Tambahan, bulan lepas.
Warga emas maut dilanggar lori mengundur
Siasatan mendapati pemandu lori berusia 44 tahun berkenaan memiliki 100 rekod saman trafik, termasuk tiga kesalahan kemalangan jalan raya manakala lori dipandu mempunyai 10 saman terkumpul.
Sepanyol putuskan untuk sertai kes genosid terhadap Israel di ICJ
Sepanyol membuat keputusan itu demi membawa kembali keamanan serta kerana komitmennya terhadap undang-undang antarabangsa.
Pihak berkuasa Indonesia dan Thailand bekerjasama buru 'raja dadah' Fredy Pratama
Polis Republik Indonesia mendedahkan bahawa rakan sejawat mereka dari Thailand kini sedang melancarkan operasi besar-besaran untuk menangkap raja dadah Indonesia, Fredy Pratama.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.
Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.
32 maut, 60 cedera dalam nahas jalan raya di Mesir
Sekurang-kurangnya 32 maut manakala 60 lagi cedera dalam nahas jalan raya melibatkan beberapa kenderaan termasuk sebuah bas, di Cairo-Alexandria Mesir pada Sabtu.
Pemandu maut, bas rempuh belakang lori
Seorang pemandu maut selepas bas dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori di KM220.7 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini awal pagi ini.
Penduduk UK terkejut kuda cuba naik bas
Kuda itu dilihat dibantu oleh dua lelaki memakai jaket kuning untuk memanjat tangga kenderaan awam tersebut.
PRN: Pas minta SPR sedia bas bantu pengundi luar balik mengundi
SPR diminta menyediakan perkhidmatan bas bagi membolehkan pengundi luar pulang mengundi semasa pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
Sekurang-kurangnya 25 maut kebakaran bas
Sekurang-kurangnya 25 orang maut manakala lapan lagi penumpang cedera apabila sebuah bas yang dinaiki terbakar di barat India awal Sabtu.
Dua kanak-kanak maut dirempuh bas di pusat jagaan
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika orang ramai sedang menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan tersebut.