MALAYSIA
Kerajaan perincikan pengecualian SST untuk lindungi sektor pembinaan

Ahmad Maslan berkata pengecualian tersebut merangkumi perkhidmatan pembinaan bagi bangunan kediaman dan kemudahan awam seperti rumah ibadah, tandas awam dan taman rekreasi. - Foto Parlimen Malaysia
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengambil langkah proaktif bagi memperincikan pengecualian tertentu di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) demi melindungi sektor pembinaan daripada kesan negatif pelaksanaan cukai tersebut.
Ringkasan AI
- Kerajaan perincikan pengecualian SST untuk projek pembinaan, termasuk bangunan kediaman dan kemudahan awam seperti rumah ibadah dan taman rekreasi.
- Aktiviti B2B tertentu diberi kelonggaran, di mana subkontraktor dengan kontrak di bawah RM1.5 juta tidak dikenakan SST, walaupun kontraktor utama tertakluk kepada cukai.
- Bahan binaan asas seperti simen dan pasir kekal berkadar sifar, sebagai langkah sokongan untuk memastikan sektor pembinaan tidak terjejas.
Beliau turut menjelaskan bahawa beberapa aktiviti perniagaan kepada perniagaan (B2B) juga diberikan pertimbangan, dengan syarat tertentu.
Sebagai contoh, kontraktor utama dikenakan SST, namun subkontraktor dengan nilai kontrak di bawah RM1.5 juta tidak tertakluk kepada cukai tersebut.
Selain itu, bahan binaan asas seperti simen, batu kerikil dan pasir akan terus dikekalkan sebagai barang berkadar sifar di bawah cukai jualan, sebagai satu langkah sokongan kepada industri pembinaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami