Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dalam menangani penularan kritikan terbuka terutama terhadap Raja-raja Melayu, kata Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim berkata ia mesti dibendung dari peringkat awal bagi mengelak tercetusnya polemik dalam masyarakat.
"Saya tengok asas kepada Malaysia Baharu ini adalah kebebasan media. Kita akui perlunya ada kebebasan media tapi bukan bebas mutlak, (tapi) bebas yang mesti dikawal. Kalau bebas mutlak ia akan merosakkan negara.
"Jadi ada institusi yang kita boleh tegur secara terbuka dan ada yang perlu melalui saluran tertentu. Semua pihak perlu menghormati saluran-saluran yang ada," katanya.
Beliau berkata demikian selepas meraikan 80 asnaf daripada 17 keluarga yang dibawa membeli-belah kelengkapan Aidilfitri di sebuah pasar raya, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga anggota Parlimen Pasir Tumboh berkata institusi beraja yang diamalkan di negara ini perlu dihormati dan tidak boleh diganggu-gugat oleh mana-mana pihak.
"Kita kena lihat institusi ini asas kepada penyatuan negara kita dan pembentukan negara berdasarkan apa yang ada. Kita minta kerajaan membendung budaya ini, jangan jadi budaya yang akhirnya tak kisah siapa nak kritik, siapa nak 'complaint', siapa nak tulis apa sahaja.
"Kita minta supaya budaya ini dapat dibendung segera dan pihak yang menghina perlu dibawa ke mahkamah. Itu sepatutnya yang berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 09 2018
TUAN IBRAHIM: Kita akui perlunya ada kebebasan media tapi bukan bebas mutlak, (tapi) bebas yang mesti dikawal. - Gambar fail
“Walaupun mereka minta undi belah bahagi itu hak mereka”- Speaker Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong mempertikaikan undi belah bahagi yang di mohon oleh pihak pembangkang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
Polis Johor terima 16 laporan penceramah hina institusi beraja
Laporan berkenaan dibuat susulan kenyataan dibuat menerusi sebuah video berdurasi 31 saat yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok.
#AgongKita: Wajib tumpahkan taat setia kepada YDP Agong - JAKIM
Wajib bagi setiap rakyat di negara ini menumpahkan sepenuh taat setia kepada kepimpinan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.
Peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong dilakukan dengan penuh adab sopan
Beliau berkata walaupun meninggalkan takhta, baginda tetap meletakkan harapan supaya kestabilan dan keamanan negara terus berkekalan.
Fadiah Nadwa beri keterangan polis berhubung artikel persoal sistem beraja
Peguam hak asasi manusia itu memasuki IPD Brickfields bersama tiga peguamnya iaitu Farhana Abdul Halim, Khuratul Ain dan Ragunath Kesavan pukul 4 petang sebelum keluar sejam kemudian.
Kerajaan perlu bendung penularan kritikan terbuka
Tuan Ibrahim berkata ia mesti dibendung dari peringkat awal bagi mengelak tercetusnya polemik dalam masyarakat.