SHAH ALAM: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menyarankan kerajaan mengukuhkan nilai ringgit bagi mengawal dan menurunkan harga barang makanan di negara ini.
Presiden FOMCA, Profesor Datuk N Marimuthu berkata, ia kerana Malaysia bukan negara pengeluar makanan dan menjadi pengimport tegar hampir 100 peratus bekalan makanan dengan nilai import mencecah RM60 bilion setahun.
“Kita import hampir semua bahan makanan sejak dahulu lagi jadi harganya tidak boleh turun dengan segera.
“Apa yang patut kerajaan buat adalah mengukuhkan nilai mata wang kita kerana urus niaga dilakukan dengan mata wang asing terutama dalam dolar Amerika Syarikat,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Bagaimanapun, Marimuthu memberitahu, memandangkan kerajaan Perpaduan Malaysia baru sahaja terbentuk, mereka wajar diberikan sedikit masa untuk mengukuhkan semula mata wang ringgit berkenaan.
Selain itu, beliau menegaskan, kerajaan juga perlu merangka dasar pertanian yang mampan untuk jangka masa lima, 10 dan 20 tahun.
“Kalau kita mempunyai bekalan barangan asas sendiri seperti 30 hingga 40 peratus dan hanya bakinya kita import maka kita boleh main dengan harga.
"Sekarang kita adalah pengimport tegar jadi semua harga-harga barang makanan ditentukan oleh pasaran dunia, bukan kita.
“Jadi kalau kerajaan dapat segera lakukan dua saranan ini maka kita akan lihat rakyat akan makmur,” ujarnya.
Marimuthu menambah, isu kenaikan harga barang makanan dan kenaikan kos sara hidup saban tahun menjadi kebimbangan serta disuarakan Fomca sejak era pentadbiran Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi iaitu pada 2003.
“Berulang kali kami nyatakan kebimbangan kenaikan harga barang makanan secara berterusan ini tetapi kerajaan sebelum ini tidak mengambil langkah terbaik yang membuatkan kita merana sehingga sekarang,” kata beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 13 2023
Isu kenaikan harga barang makanan dan kenaikan kos sara hidup saban tahun menjadi kebimbangan. - Gambar hiasan
Pemimpin dunia sampaikan ucapan takziah atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi
Pemimpin dunia menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa esok
Empat daripada 15 individu yang ditahan menjalankan aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Bentong pada Selasa.
Pereka grafik didakwa sembunyi wang lebih RM100,000 milik seorang lelaki
Seorang pereka grafik mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyembunyikan wang berjumlah lebih RM100,000 milik seorang lelaki.
Buruh dipenjara lapan tahun lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan ke atas seorang buruh kerana melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.
Rangka manusia di ladang kelapa sawit disahkan milik Muhammad Syafiq
Identiti lelaki berusia 33 tahun itu disahkan berdasarkan siasatan dan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.
30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, elakkan daripada mana-mana pemohon terlepas peluang belajar meskipun dijangka terdapat 30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET.
AWANI Ringkas: Jenazah suspek tidak dibenarkan dibawa ke mana-mana masjid
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trafik penumpang MAHB meningkat 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024
Pergerakan penumpang MAHB berkembang sebanyak 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024 berbanding 10.2 juta pada bulan sebelumnya.
Fenomena astronomi: Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Ringgit dijangka didagangkan dalam julat kecil 4.67 hingga 4.69 berbanding dolar AS minggu depan disebabkan ketiadaan data ekonomi utama.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.