awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perlu kurangkan kebergantungan kepada barang import - FOMCA

Israr Khalid
Israr Khalid
03/12/2021
01:37 MYT
Kerajaan perlu kurangkan kebergantungan kepada barang import - FOMCA
kerajaan perlu mengurangkan kebergantungan terhadap barangan import dengan memberdayakan penghasilan tempatan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Perlu ada satu dasar keselamatan makanan jangka panjang supaya negara tidak menerima kesan besar sekiranya berlaku turun naik harga barang mentah di pasaran dunia.
Saran Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Saravanan Tambirajah, kerajaan perlu mengurangkan kebergantungan terhadap barangan import dengan memberdayakan penghasilan tempatan.
“Import makanan pada tahun lepas adalah RM55 bilion dan kita jangka ia akan terus meningkat pada tahun mendatang.
“Kita ada banyak tanah terbiar yang boleh kita usahakan untuk kita tanam sayur-sayuran ini, jadi kalau boleh bukan sahaja Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tapi pelbagai kementerian yang terbabit dalam isu ini perlu berganding bahu untuk selesaikan masalah ini.
“Jadi bila kita mengurangkan kebergantungan kepada barang makanan import harap-harapnya di masa hadapan kita dapat mengurangkan harganya," katanya.
Saravanan juga mengingatkan supaya Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan dapat terus dikuatkuasakan dengan baik dalam memastikan peniaga tidak sewenang-wenangnya mengaut keuntungan.
Pada masa sama, beliau juga mencadangkan sebagai langkah penyelesaian jangka pendek, perlu ada intervensi segera dalam bentuk seperti bantuan terus kepada golongan terdesak yang memerlukan supaya beban mereka sedikit sebanyak dapat diringankan seketika di waktu sukar ini.
“Saya faham ada peningkatan harga di peringkat global tapi kalau diberitahu kepada golongan berpendapatan rendah, mereka sukar untuk faham.
“Jadi perlu ada intervensi segera untuk membantu mereka mengatasi isu kos sara hidup di negara ini,” tambahnya lagi.
Tonton sesi penuh Dialog Tiga Penjuru dihoskan oleh Dzulfitri Yusop, di sini:
Dialog Tiga Penjuru: Runsing harga barang 'kayangan'
Topic Berkaitan
#Dialog Tiga Penjuru
#Fomca
#Keselamatan makanan
#Saravanan Tambirajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan