KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka tetap akan mengalami peralihan daripada ekonomi berpendapatan sederhana tinggi kepada berpendapatan tinggi, dalam tempoh lima tahun, walaupun ada kekangan akibat COVID-19.
Laporan Kumpulan Bank Dunia yang dikeluarkan hari ini mendedahkan, peralihan status itu akan mengubah taraf hidup kepada kurang daripada satu generasi, dan mengurangkan tahap kemiskinan tegar kepada kadar satu peratus daripada keseluruhan populasi.
Perubahan status itu juga dijangka dapat mengakhiri tempoh masa negara berada dalam perangkap pendapatan menengah.
Bagaimanapun, laporan bertajuk “Aiming High: Navigating The Next Stage Of Malaysia's Development” itu mendedahkan, kerajaan perlu mengambil langkah proaktif dalam menangani kejutan tiga kali ganda ke atas ekonominya pada masa ini.
“Kejutan itu ialah, kesan kesihatan langsung akibat COVID-19, impak sekatan pergerakan, serta kesan kemelesetan global ke atas pertumbuhan ekonomi.
“Dengan kedudukan Malaysia berada di landasan tepat untuk mencapai peralihan status berkenaan, laporan itu menyebut, ini masa paling sesuai untuk pihak berkepentingan menilai kembali beberapa persoalan berhubung kadar kepesatan pertumbuhan negara, termasuk faktor kualiti dan kemampanannya,” menurut laporan itu lagi.
Malaysia, katanya, tumbuh pada kadar perlahan berbanding negara-negara yang telah mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi dalam tempoh beberapa dekad ini.
Sebagai tambahan, berbanding negara lain yang telah keluar daripada status ekonomi berpendapatan sederhana, Malaysia masih kurang daripada sudut peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, serta tinggi dari segi ketidaksamaan.
Sebagai permulaan, Bank Dunia berkata, kadar kutipan cukai Malaysia berbanding negara lain dalam kalangan Pertubuhan Kerjasama Dan Pembangunan Ekonomi (OECD) bukan sahaja lebih rendah, malah ia tidak digunakan untuk perlindungan sosial dan tidak optimum dari segi pengurusan persekitaran dan pengawalan rasuah.
Kesemua ini, jelas laporan itu lagi, amat jelas sewaktu negara menghadapi cabaran dan tekanan akibat COVID-19.
Dalam pada itu, laporan berkenaan turut menyentuh mengenai beberapa polisi dan institusi yang disifatkan, tidak lagi relevan, sekali gus melambatkan proses peralihan status ekonomi negara.
Bank Dunia berkata, kerajaan perlu memansuhkan polisi dan institusi terbabit dan menggantikannya bagi membolehkan kadar pertumbuhan negara bergerak lebih pantas.
Sebagai contoh, laporan itu berkata, satu set polisi mengenai perubahan ekonomi pendapatan rendah kepada menengah, perlu disesuaikan bagi menangani cabaran di masa akan datang
Pada peringkat awal penghasilan polisi tersebut, Bank Dunia berkata, pengumpulan faktor wajar dijadikan sebagai pemacu utama pertumbuhan Malaysia.
“Dalam proses peralihan itu, Malaysia akan lebih bergantung kepada pengetahuan intensif, didorong pertumbuhan yang produktif, dan dengan penekanan yang lebih besar untuk mencapai inklusif dan mampan pembangunan.
“Dengan kesan COVID-19, dan potensinya untuk menekan pertumbuhan masa hadapan, isu-isu yang berkaitan dengan kesediaan Malaysia untuk masa depan menjadi lebih penting,” katanya lagi.
Bagaimanapun Bank Dunia optimis, isu-isu yang digariskan itu dapat ditangani sebaiknya termasuk melalui pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Visi Kemakmuran Bersama 2030.
Firdaus Azil
Tue Mar 16 2021
Ini masa paling sesuai untuk pihak berkepentingan menilai kembali beberapa persoalan berhubung kadar kepesatan pertumbuhan negara, kata Bank Dunia. - Gambar hiasan
Bayi lelaki baru lahir ditemukan di belakang rumah
Polis sedang menyiasat seorang wanita berusia lingkungan 20-an berkaitan penemuan bayi lelaki di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan di Machang, pada Ahad.
Selangor lancar 'Ehsan Mart', tawar harga lebih murah
Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) hari ini melancarkan pembukaan pasar raya ‘Ehsan Mart’ yang menawarkan harga barangan asas pada kadar 10 hingga 15 peratus lebih rendah berbanding di pasaran.
'Blueprint STEM' di masukkan ke dalam NSS
Pelan Tindakan Bakat Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) Pulau Pinang yang dilancarkan pada Ahad, akan dimasukkan ke dalam Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
PETRA, Johor pastikan bekalan air dan tenaga cukup bagi pelabur
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan bekerjasama erat dengan kerajaan Johor bagi memastikan bekalan air dan tenaga mencukupi untuk keperluan pelabur di negeri ini.
1,080 taska dikenal pasti tidak berdaftar - KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengenal pasti 1,080 taska di seluruh negara yang tidak berdaftar menerusi operasi pemutihan yang dilaksanakan mulai September tahun lalu.
Kod tatalaku focus tiga isu jenayah
Jenayah penipuan dalam talian, buli siber dan jenayah pengantunan atau seksual terhadap kanak-kanak merupakan antara perkara yang diberi tumpuan dalam membangunkan Kod Tatalaku platform media sosial yang dijangka siap bulan depan.
Malaysia juara, tewaskan Lubnan 1-0 di final
Malaysia kembali menjulang trofi Pestabola Merdeka 2024 apabila menewaskan Lubnan 1-0 dalam aksi final pada Ahad malam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 September 2024.
Jong Un umum pangkalan baharu tentera laut, perkukuh ketenteraan
Korea Utara memerlukan sebuah pangkalan tentera laut yang baharu memandangkan negara itu sedang membina kapal perang dan kapal selam yang lebih besar.
Houthi dakwa tembak jatuh dron MQ-9 buatan Amerika
Kumpulan Houthi Yaman mendakwa menembak jatuh satu lagi dorn MQ-9 buatan Amerika yang berada di ruang udara negara itu.
Menyamar kakitangan platform e-dagang taktik penipuan terbaru
Menyamar sebagai kakitangan platform e-dagang merupakan taktik terbaru sindiket penipuan menerusi panggilan telefon yang mencatatkan kerugian RM3.92 juta dalam tempoh lapan bulan tahun ini.
Ringgit teruskan momentum positif untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat berbanding dolar AS kepada 4.3360/3400 daripada 4.3505/3560 ketika ditutup pada Rabu.
BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
BNM berkata inflasi keseluruhan dan inflasi teras berpurata pada 1.8% pada separuh pertama tahun 2024.
Sektor perbankan kekal menarik, OPR dijangka stabil pada 3 peratus - Kenanga
Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) menjangkakan pelabur akan terus memberi tumpuan kepada sektor perbankan yang kekal menarik dalam persekitaran keadaan ekonomi bertambah baik.
Aktiviti ambil untung asak ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan penyusutan pada Jumaat lepas untuk mengakhiri urus niaga lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin susulan pengambilan untung selepas meningkat baru-baru ini.
BNM diunjur kekalkan OPR 3.0%, namun risiko cenderung ke arah kenaikan - Standard Chartered
Standard Chartered Global Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 3%.
Malaysia terus jadi pilihan pelabur di Asia Tenggara - OBORCC
Kestabilan politik dan keadaan ekonomi yang inklusif menjadikan Malaysia sebagai pilihan utama pelabur antarabangsa bagi Asia Tenggara.
Ringgit menambah nilai 2.5 peratus berbanding dolar AS pada Julai 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai sebanyak 2.5 peratus berbanding dolar AS pada Julai 2024 selaras dengan kebanyakan mata wang serantau.
BNM kenakan penalti RM88,000 ke atas BOCM
BOCM sehubungan itu telah membayar RM88,000 bagi AMP yang dikenakan oleh BNM pada 2 Ogos, 2024.
Hubungan baik dengan India, cepatkan Malaysia menjadi negara maju - Pakar
Hubungan yang baik dengan India akan membantu mempercepatkan Malaysia menjadi sebuah negara maju.