Zi Yu-Noraqilah Maisarah naib juara Badminton Remaja Dunia

Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan muncul naib juara Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2025. - Gambar/ BAM
KUALA LUMPUR: Hasrat beregu wanita remaja negara Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan untuk bergelar juara Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2025 tidak kesampaian apabila tumpas pada aksi final hari ini.
Ringkasan AI
- Hasrat beregu wanita remaja negara, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan untuk muncul juara Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2025 tidak kesampaian selepas tewas kepada pasangan China, Tan Ke Xuan-Wei Yue Yue 13-15, 17-19 dalam aksi final di Guwahati, India.
- Ini merupakan penampilan kedua berturut-turut di pentas akhir buat Zi Yu selepas bergelar naib juara edisi 2024 bersama Dania Sofea Zaidi yang menarik diri akibat kecederaan lutut pada Ogos lalu.
- Bagi Noraqilah Maisarah, ini adalah pingat kedua dalam kejohanan sama selepas meraih gangsa dalam acara beregu campuran bersama Loh Ziheng.
Bagi Noraqilah Maisarah pula, ini merupakan pingat kedua di kejohanan berkenaan selepas meraih gangsa menerusi acara beregu campuran bersama Loh Ziheng.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami