awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perlu tambah baik sistem amaran bekalan makanan - CFOS

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
26/09/2023
04:56 MYT
Kerajaan perlu tambah baik sistem amaran bekalan makanan - CFOS
Sistem amaran ini bukan semata-mata terhad kepada bekalan beras, sebaliknya perlu diaplikasikan bagi memantau bekalan telur, ayam, gula, tepung dan lain-lain. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu tambah baik sistem amaran bekalan makanan bagi memastikan intervensi boleh dilaksanakan lebih awal sebelum tahap kritikal.
Presiden Barisan Pengguna Sabah (CFOS), Nordin Thani berkata kelemahan indikator keterjaminan makanan nasional ini telah menyebabkan masalah yang sama terus berulang.
“Bagi pandangan saya, masalah ini berpunca daripada kementerian atau agensi yang terbabit. Sebab, indikator keterjaminan makanan nasional sepatutnya ada sistem amaran.
“Kalau kita boleh agak beras akan berkurangan, mereka sudah awal lagi bertindak. Tetapi apa yang berlaku sekarang, apabila terjadi kekurangan bekalan, baru sibuk di sana-sini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Jelasnya, sistem amaran ini bukan semata-mata terhad kepada bekalan beras. Sebaliknya, perlu diaplikasikan bagi memantau bekalan telur, ayam, gula, tepung dan lain-lain.
Tambah Nordin lagi, Kerajaan juga perlu mewujudkan undang-undang bagi menghukum kartel-kartel yang memanipulasi bekalan keperluan asas rakyat.
Tanpa undang-undang yang lebih tegas, isu gangguan bekalan ini akan terus berulang, tegasnya.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#beras
#keterjaminanan makanan
#Nordin Thani
#CFOS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan