awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perlu telus sebelum perkenal GST - Timbalan Presiden FOMCA

Astro Awani
Astro Awani
21/05/2014
23:49 MYT
Kerajaan perlu telus sebelum perkenal GST - Timbalan Presiden FOMCA
Timbalan Presiden Fomca, Muhammad Sha'ani Abdullah.
Pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mampu menukar kerajaan, kata Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Muhammad Sha'ani Abdullah.
Muhammad Sha'ani berkata perkara itu pernah berlaku di Kanada di mana kerajaan bertukar selepas GST diperkenalkan.
"Di Kanada, bila GST diperkenalkan, ia menewaskan kerajaan. Sampai parti itu terpaksa gulung tikar. Lebih baik kerajaan telus dalam pentadbiran," katanya dalam Wacana Sinar Harian yang bertajuk "GST: Siapa Untung Siapa Rugi" di Shah Alam pada Rabu.
Beliau menasihatkan kerajaan supaya menangani masalah ketirisan dan rasuah serta lebih telus dalam pentadbiran sebelum memperkenalkan GST.
Katanya, berdasarkan kapasiti penduduk di negara ini, hanya 1.2 juta rakyat Malaysia yang membayar cukai pendapatan.
"Manakala 80% pekerja berpendapatan kurang RM3,000," katanya.
Selain Muhammad Sha'ani, wacana tersebut turut menampilkan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Professor Pengurusan Strategi dan Pemasaran Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Prof Dr Faridah Hassan, dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.
Dalam hujahnya Dr Faridah turut berkata, bagi membolehkan rakyat memhami dengan lebih jelas mengenai GST, pendidikan dan pemahaman mengenai cukai itu perlu ditingkatkan dan diulangi berkali-kali.
"Jika sekali dua sahaja, rakyat tidak dapat faham GST ini. Perkara ini akan beri kesan jangka panjang, kerajaan akan perolehi cukai, dan pendapatan ini akan diberi semula kepada rakyat," katanya.
Dr Faridah turut menjangkakan melalui pengenalan GST, menjelang April 2015 hanya sejumlah 10% barangan akan naik harga, 40% turun harga, manakala 50% harga barangan akan kekal seperti sebelum pelaksanaan GST.
"Mahu tidak mahu, GST akan berlaku di mana-mana negara. Era untuk memahami GST sudah berlalu terlalu lama, jika kita tangguh sekarang, bila lagi kita akan laksanakan?" katanya.
Topic Berkaitan
#Fomca
#GST
#Muhammad Sha'ani Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan