KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengamalkan pendekatan yang holistik terhadap dasar dan infrastruktur bagi meningkatkan bekalan tenaga boleh baharu (TBB) dan memastikan pembangunan mampan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata, Malaysia bercadang untuk meningkatkan kapasiti TBB dengan lebih ketara dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, membuka jalan kepada pendekatan serantau yang lebih bersepadu dalam komuniti Asean.
"Kita perlu mewujudkan dasar yang komprehensif dan infrastruktur yang kukuh untuk menyokong pengembangan TBB.
"Matlamat kita adalah untuk meningkatkan bekalan TBB yang lebih ketara dalam tempoh beberapa tahun akan datang, ke arah strategi serantau yang kukuh," kata Rafizi semasa sesi panel di Mesyuarat Tahunan Juara Baharu bertemakan 'Peluang Menguruskan Permintaan Tenaga,' anjuran Forum Ekonomi Dunia di China pada Selasa.
Beliau berkata, memandangkan Malaysia bersedia untuk mengambil alih peranan sebagai pengerusi Asean, ia bersedia untuk menyokong projek utama bagi memajukan pertumbuhan hijau yang bersepadu di seluruh rantau ini.
Inisiatif ini bertujuan untuk merapatkan jurang antara kapasiti TBB di negara berbeza, dengan kapasiti berlebihan di utara dan permintaan tenaga yang lebih tinggi di selatan.
"Malaysia komited untuk memacu Asean ke arah pertumbuhan hijau bersepadu. Matlamat kita adalah untuk mewujudkan pendekatan serantau yang teguh bagi memudahkan peralihan kepada tenaga mampan, dihubungkan melalui Semenanjung ke Singapura dan Indonesia," kata Rafizi.
Bagi menyelesaikan kompleksiti permintaan tenaga, beliau berkata kepentingan kritikal untuk memastikan keseluruhan sistem tenaga adalah mampan, antaranya grid, bekalan, dasar dan insentif.
Rafizi berkata kerajaan perlu bersedia untuk melabur dalam infrastruktur dan menggubal dasar dan perubahan kawal selia, terutama mengenai penentuan harga.
"Model libat urus sektor awam-swasta (PPE) yang berjaya melibatkan kerajaan melakukan semua yang diperlukan untuk membina infrastruktur dan menyesuaikan dasar dan peraturan.
"Apabila menyentuh mengenai dasar dan insentif, mereka mesti mewujudkan struktur kos dengan alternatif berdaya maju dan mampan," kata Rafizi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024
Rafizi berkata kerajaan perlu bersedia untuk melabur dalam infrastruktur dan menggubal dasar dan perubahan kawal selia, terutama mengenai penentuan harga. - Foto fail/BERNAMA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.