awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sudah jadi mangsa pelaburan, pakar perubatan ditipu pula ‘peguam’ rugi lebih RM500,000
Kelantan TRW, PDRM FC berdepan kes tunggakan gaji pemain
Lebih 100 maut akibat penyakit berkaitan cuaca sejuk di Rangpur dalam 3 hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perlu tumpu usaha perbaiki polisi negara - Saifuddin

Hilmi Malik
Hilmi Malik
26/02/2021
11:52 MYT
Kerajaan perlu tumpu usaha perbaiki polisi negara - Saifuddin
Banyak perlu ditambah baik, reformasi diperlukan bagi mendapatkan demokrasi yang berkesan khususnya Parlimen dan sistem pilihan raya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu berusaha ke arah memperkukuh polisi negara yang merujuk kepada kefahaman dan penghayatan dalam Perlembagaan Persekutuan serta Rukun Negara.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, perkara itu juga mengambil kira tentang bahasa Melayu, kedudukan Islam, masyarakat majmuk dan federalism.
“Banyak yang perlu ditambah baik atau memerlukan reformasi bagi mendapatkan demokrasi yang berkesan khususnya Parlimen dan sistem pilihan raya.
“Kita perlu mengambil kira isu jati diri, pendidikan, integriti dalam usaha membasmi rasuah, sukan yang bebas politik serta kerangka baru dasar luar,” katanya menerusi hantarannya di akaun Facebook miliknya pada Jumaat.
Dalam pada itu, Saifuddin berkata, kerajaan juga perlu memberi fokus kepada keberkesanan dalam usaha menjayakan keseimbangan serta kelangsungan hidup terutamanya dalam situasi negara berdepan cabaran memerangi pandemik.
“Kita sudah ada vaksin untuk memerangi COVID-19 dan pelbagai dasar dan program telah dilaksanakan antaranya bagi soal pekerjaan, pertumbuhan ekonomi, pelaburan asing dan sebagainya.
“Ia perlu dipertingkatkan lagi supaya lebih memberi impak agar negara dan rakyat mapu bergerak ke depan selepas selesai pandemik,” katanya lagi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian bagi mengulas berhubung menjelang Setahun Malaysia Prihatin pada 1 Mac ini.
Topic Berkaitan
#Saifuddin Abdullah
#COVID-19
#kerajaan
#pandemik
#vaksin
#politik
#pilihan raya
#ekonomi
#Parlimen
#menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan