awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Qatar sambut baik perjanjian gencatan senjata antara Iran dan Israel
MALAYSIA
Juruterbang rugi lebih RM190,000 terperdaya tawaran pakej haji palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kerajaan Perpaduan berpotensi besar kekal satu lagi penggal - Merdeka Centre

Asyraf Malik
Asyraf Malik
24/06/2025
14:37 MYT
Sponsor Banner
Kerajaan Perpaduan berpotensi besar kekal satu lagi penggal - Merdeka Centre
Isu ekonomi kekal fokus rakyat sejak dua dekad lalu dan dijangka menjadi faktor penentu sokongan terhadap pentadbiran MADANI. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpotensi besar untuk kekal memerintah pada penggal baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-16.
Pengarah Program Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata, perkara itu sekiranya tiada kejutan besar terhadap ekonomi negara atau landskap politik dalam masa terdekat.
"Walaupun tiada parti mampu meraih majoriti mutlak ketika ini, formula kerajaan campuran iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), serta parti dari Sabah dan Sarawak dilihat membentuk konfigurasi stabil," ujar Ibrahim Suffian dalam satu temu bual bersama Astro AWANI.
Jelasnya lagi, segmen bawah umur 30 tahun menunjukkan kadar sokongan lebih tinggi terhadap Anwar, sekitar 60 peratus berbanding golongan pertengahan berumur antara 30 hingga 50 tahun.
"Generasi muda diperhatikan ada kecenderungan terhadap kestabilan kerajaan, mereka mahu melihat usaha menjana pelaburan serta pertumbuhan ekonomi yang akan memberi kesan positif dalam jangka panjang.
"Namun golongan sedang bekerja masih berdepan tekanan kos sara hidup tinggi, selain kadar kenaikan pendapatan dilihat tidak mencukupi, menyebabkan timbul persepsi Kerajaan belum cukup berkesan membantu rakyat.
"Ramai rakyat Malaysia berada dalam keadaan tidak miskin tetapi juga tidak kaya. Pengaruh media sosial mengenai definisi kejayaan turut menambah tekanan, mengakibatan kekecewaan kerana gagal mencapai impian alam maya itu," kata Ibrahim.
Tambahnya lagi, isu ekonomi kekal fokus rakyat sejak dua dekad lalu dan dijangka menjadi faktor penentu sokongan terhadap pentadbiran MADANI.
"Era pandemik COVID-19 masih menghantui rakyat dan perniagaan di seluruh negara.
"Kerajaan sedang bersungguh memulihkan ekonomi dan meningkatkan imej Malaysia di persada antarabangsa, namun impak itu memerlukan masa untuk dirasai oleh rakyat sepenuhnya," ujarnya.
Pada Isnin, pusat kajian bebas, Merdeka Centre mengeluarkan kenyataan yang merumuskan 55 peratus pengundi masih mempercayai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Topic Berkaitan
#merdeka centre
#Kerajaan Perpaduan
#Perdana Menteri
#Datuk Seri Anwar Ibrahim
#Pilihan Raya Umum ke-16
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami