NATIONAL
Kerajaan 'pintu belakang' itu pendirian peribadi Azmin - Anwar

Anwar berkata berkata, keputusan untuk menentukan siapa Perdana Menteri adalah keputusan parti yang memerintah, dan konsensus telah dicapai melalui Majlis Presiden Pakatan Harapan. - Gambar fail
Kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali yang bertegas mahu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diberi mandat sehingga pilihan raya umum seterusnya adalah bersifat peribadi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden PKR itu berkata, keputusan untuk menentukan siapa Perdana Menteri adalah keputusan parti yang memerintah, dan konsensus telah dicapai melalui Majlis Presiden Pakatan Harapan.
“Saya dah ulas (sebelum ini), dan keputusan ini dalam mana-mana sistem demokrasi berparlimen, adalah keputusan parti yang memerintah. Maknanya saya serah kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan,” katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen, di sini hari ini.
Mengulas lanjut mengenai kenyataan Azmin, Anwar berkata - “pintu belakang itu pendapat dialah”.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami