awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan rancang ambil tindakan syarikat penerbangan tidak tepati waktu

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
16/11/2023
04:30 MYT
Kerajaan rancang ambil tindakan syarikat penerbangan tidak tepati waktu
Malaysia Airlines merekodkan pencapaian 79 peratus untuk suku ketiga 2023, menurun sedikit berbanding 82 peratus yang direkodkan pada suku kedua tahun yang sama, kata Anthony Loke.
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkongsi Pencapaian Ketepatan Waktu bagi penerbangan domestik di Dewan Rakyat pada Khamis.
Menurut beliau, syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines merekodkan pencapaian 79 peratus untuk suku ketiga 2023, menurun sedikit berbanding 82 peratus yang direkodkan pada suku kedua tahun yang sama.
Beliau berkata, SKS Airways pula merekodkan ketepatan waktu tertinggi dengan 95 peratus manakala Malaysia Airlines dan AirAsia terendah, pada kadar 74 peratus.
Justeru, katanya, kerajaan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) merancang untuk mengambil tindakan sekiranya syarikat penerbangan gagal mematuhi kod perlindungan pengguna penerbangan Malaysia berkait tidak menepati waktu.
“Ini sesuatu yang kita akan cari satu pendekatan bagaimana meletakkan satu sasaran prestasi mengikut masa (on time performance).
“Kalau mereka tak dapat mencapai prestasi mengikut masa itu, maka kemungkinan ada sesuatu tindakan yang akan diambil.
“Namun begitu, ada pelbagai faktor yang perlu diambil kira. Bukan satu faktor sahaja, iaitu syarikat penerbangan.
“Memang kita akan sentiasa memantau dan kita akan minta syarikat penerbangan ini dapat menguruskan jadual penerbangan mereka dengan lebih baik,” katanya di Dewan Rakyat.
Tambah beliau, terdapat pelbagai faktor yang menjadi punca kepada kelewatan penerbangan dan ada antaranya di luar kawalan syarikat penerbangan seperti cuaca.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) mengenai adakah kerajaan akan memberikan amaran dan mendenda syarikat penerbangan yang gagal menepati waktu.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#penerbangan Malaysia
#Malaysia Airlines
#AirAsia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan