awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
Pelan induk dan pelan tindakan pelaburan JS-SEZ dilancar 30 Mac ini di Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan rancang tambah jumlah pakar ortopedik

Bernama
Bernama
19/05/2017
15:38 MYT
Kerajaan rancang tambah jumlah pakar ortopedik
Subramaniam berkata, sejak 2013, Kementerian Kesihatan telah menambah jumlah doktor yang mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang ortopedik. - Gambar fail
Kerajaan merancang untuk menambah jumlah pakar ortopedik bagi mengatasi kekurangan doktor bidang itu di hospital kerajaan di seluruh negara.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata walaupun nisbah doktor dengan penduduk yang disyorkan dari segi pakar ortopedik ialah 1:1500, tetapi nisbahnya di Malaysia sekarang ialah 1:5000.
"Kami perlu tambah tiga kali ganda jumlah itu untuk mencapai keseimbangan dari segi doktor dengan penduduk," katanya pada sidang akhbar bersempena Mesyuarat Saintifik Tahunan ke-47 dan sambutan Jubli Emas Persatuan Ortopedik Malaysia di sini hari ini.
Oleh itu, jelas beliau, sejak 2013, kementerian berkenaan telah menambah jumlah doktor yang mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang ortopedik.
"Kami boleh menambah jumlah itu, tapi ia bergantung kepada kemampuan universiti untuk menerima mereka mengikuti latihan," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Doktor
#ortopedik
#pakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan