KOTA KINABALU:Kerajaan sedang berbincang dengan negara-negara jiran seperti Filipina dan Indonesia berhubung warga mereka yang berada di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Sabah.
Pengarah Keselamatan Negeri Sabah, Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata sejak bermula fasa kedua pandemik COVID-19 negara terbabit telah menutup sempadan bagi penghantaran pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ini.
"Kita telah berjaya membuat rundingan pada bulan Jun lalu untuk mereka menerima warga asing ini. Untuk warga Filipina kita berjaya menghantar pulang hampir 3,000 dan Indonesia pula kita berjaya menghantar lebih 1,500 tahanan.
"Tetapi apabila gelombang kedua pandemik bermula mereka telah menutup semula sempadan," katanya dalam sidang media di PTS Kota Kinabalu, di sini pada Rabu.
Tambahnya, rundingan terbaharu bersama kedua-dua negara masih lagi berlangsung untuk mereka menerima warga mereka yang disahkan negatif COVID-19.
"Walau bagaimanapun kita masih lagi mengadakan rundingan agar negara-negara ini menerima warga mereka yang bebas COVID-19 untuk kita mengurangkan jumlah tahanan kita.
"Secara keseluruhan terdapat seramai 5,238 tahanan di tiga PTS yang terdiri dari Filipina 86 peratus, Indonesia 12 peratus dan lain-lain adalah dari negara seperti Vietnam, China dan Pakistan," katanya.
Sehingga Rabu terdapat 510 tahanan disahkan positif COVID-19 melibatkan tahanan di PTS Kota Kinabalu dan Tawau.
Sh Sitti Saleha turut memaklumkan terdapat 10 anggota keselamatan PTS sedang menjalani kuarantin di rumah dan kesemua anggota yang bertugas di dalam PTS disediakan foldable camping bed.
Kecuali PTS Papar, kedua-dua PTS terbabit kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula 3 November 2020 sehingga 16 November 2020.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Wed Nov 04 2020

Rundingan terbaharu bersama kedua-dua negara masih lagi berlangsung untuk mereka menerima warga mereka yang disahkan negatif COVID-19. - Foto Astro AWANI/Syah Hairizal Kamalul Ariffin

Ketegangan perdagangan AS-China, COVID-19 tingkatkan eksport Malaysia - UOB
Cabaran masih wujud dalam memperkukuhkan hubungan pelaburan dan perdagangan Malaysia, melangkah ke hadapan.

Sabah benarkan kapal NCS masuki perairan ESSZONE untuk aktiviti ekonomi
Kerajaan negeri Sabah membenarkan kapal bukan konvensional (NCS) atau kumpit dari Indonesia dan Filipina memasuki perairan ESSZONE.

Kumpulan pertama vaksin AstraZeneca dijangka tiba pada suku kedua tahun ini
Presiden AstraZeneca bagi Malaysia Dr Sanjeev Panchal berkata syarikat itu akan terus memenuhi komitmennya dalam menyediakan akses yang meluas dan saksama tanpa keuntungan.

PM Thailand gesa pihak berkuasa kaji sijil atau passport vaksin untuk pelancong
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha pada Selasa mengarahkan pihak berkuasa berkaitan mengkaji sijil vaksin COVID-19.

HSBC Global Research jangka BNM kekalkan OPR tahun ini
HSBC minta bank pusat membuat satu lagi pengurangan 25 mata asas yang terakhir ke atas OPR pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari 4 Mac.

COVID-19: Kes positif global lebih 114.6 juta, korban 2.54 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 114.69 juta kes.

AATF untuk pelupusan kenderaan secara lestari - JAS
AATF akan menjalankan peleraian komponen terutamanya komponen yang mengandungi buangan terjadual daripada kenderaan yang telah dibatalkan pendaftarannya oleh Kementerian Pengangkutan.

Penculikan | 279 pelajar diculik di asrama, dipulangkan
Ratusan pelajar sekolah di Nigeria yang diculik dari sekolah berasrama penuh di Zamfara minggu lalu telah dibebaskan semula pada Selasa. Menurut pihak berkuasa, seramai 279 kanak-kanak itu dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Liga Hoki Malaysia | Tiga pemain THT perlu kemuka surat bebas COVID-19
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, ia bagi memastikan mereka benar-benar sembuh, sekali gus mengelakkan risiko jangkitan kepada pemain lain.

Penerima Organ | Jenazah Mohd Afiq selamat disemadikan
Jenazah Mohd Afiq Ikmal Muhammad, 23, penerima hati pertama negara selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Barokah, Kampung Masjid Tikam Batu, kira-kira jam 6 petang tadi.

Lima tumpuan utama kenyataan media KKM hari ini
Sebanyak 72 kes yang dilaporkan pada Ahad adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara.

Kerajaan runding hantar pulang pendatang asing tanpa izin bebas COVID-19
Kerajaan sedang berbincang dengan negara-negara jiran seperti Filipina dan Indonesia berhubung warga mereka yang berada di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Sabah.

Dua kluster sumbang kenaikan mendadak kes COVID-19 di KK
Kes kematian di Sabah hari ini merupakan antara yang tertinggi direkodkan berbanding sebelum ini.

Kerajaan laksana kawalan jangkitan pandemik di tiga PTS
Pusat Tahanan Sementara PTS di Menggatal kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

COVID-19: Sabah rekod kluster baharu libatkan warga asing
Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan bahawa jangkitan di PTS Menggatal adalah merupakan kluster baharu dan ia melibatkan tahanan.

Lima pegawai PTS Papar positif COVID-19, 33 PTI jalani saringan - Masidi
Seramai 33 pendatang tanpa izin di pusat tahanan berkenaan telah menjalani saringan pada Sabtu.

14 tahanan di PTS Tawau melarikan diri, tujuh masih diburu
Kesemua suspek merupakan tahanan yang akan dihantar pulang ke negara asal setelah menerima keputusan saringan kesihatan COVID-19 yang keempat.

Polis Sabah buru tujuh tahanan warga asing lari dari kuarantin
Polis Sabah kini memburu enam pendatang haram warga Filipina dan seorang warga Indonesia yang melarikan diri ketika dikuarantin di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau pada Jumaat.

COVID-19: Selangor akan bina 4 pusat tahanan sementara PATI
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata empat pusat tahanan sementara berkenaan akan didirikan di beberapa lokasi yang bersesuaian.

315 orang ditahan dalam operasi bersepadu besar-besaran
Operasi bersepadu besar-besaran yang diselaraskan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dilancarkan di sekitar bandar di sini awal hari ini yang menyaksikan seramai 315 orang ditahan ke