KOTA KINABALU:Kerajaan Sabah akan memantau perkembangan pengagihan bakul makanan di negeri itu dalam memastikan bekalan tiba kepada golongan sasaran.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir Shahelmey Yahya berkata, meskipun terdapat sedikit kerumitan pengagihan bakul makanan sebelum ini, tindakan pantas akan dilakukan bagi mengatasi masalah itu dari semasa ke semasa.
Katanya, penerima bantuan juga dari kalangan penerima eKasih di Sabah dengan jumlah seramai 81,000 orang.
"Kita faham daripada pengalaman September hingga Disember tahun lalu, ada sedikit kelewatan agihan bakul makanan ini yang dipercayai berpunca daripada alamat yang tidak tetap, nombor perhubungan berubah.
"Itu adalah antara cabaran yang kita hadapi dan kita sentiasa berfikir serta berusaha menambah baik sistem agihan bakul makanan kepada semua golongan sasar," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan rapat proses pengagihan bakul makanan 2.0 di empat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) melibatkan daerah Papar, Putatan, Kota Kinabalu dan Penampang.
Mengulas mengenai situasi terkini pengagihan tersebut, Shahelmey berkata, pihaknya berpuas hati dengan persediaan dilakukan.
"Ya kita berdasarkan laporan dari semasa ke semasa, tiap hari kita akan menerima laporan dan maklum balas.
"Kita akan meneruskan penambahbaikan dalam sistem agihan kepada golongan yang terkesan dan terjejas akan mendapat rasa keperihatinan daripada kerajaan," katanya.
Eleanor Michelle Patrick
Wed Feb 03 2021
Para penerima bantuan juga dari kalangan penerima eKasih di Sabah dengan jumlah seramai 81,000 orang. - Astro AWANI
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Kerajaan Sabah pastikan agihan bakul makanan sampai kepada golongan sasar
Kerajaan Sabah akan memantau perkembangan pengagihan bakul makanan di negeri itu dalam memastikan bekalan tiba kepada golongan sasaran.