Skip to main content

Dunia

Penyanyi Indonesia, Vidi Aldiano meninggal dunia

VIDI ALDIANO
Berita pemergian Vidi itu dikongsikan oleh sejumlah selebriti dari republik itu termasuk Deddy Corbuzier dan Melly Goeslaw. - Foto Instagram Vidi Aldiano

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan selebriti Indonesia, Vidi Aldiano meninggal dunia pada usia 35 tahun selepas enam tahun berjuang melawan kanser.

Memetik media tempatan, berita pemergian Vidi itu dikongsikan oleh sejumlah selebriti dari republik itu termasuk Deddy Corbuzier dan Melly Goeslaw.

Untuk rekod, Vidi berjuang melawan kanser buah pinggang yang dihidapinya sejak 2019 dan menjalani rawatan kemoterapi secara rutin.

Advertisement

Beliau juga pernah berkongsi perkembangan keadaan kesihatannya di media sosial pada Disember tahun lalu.

Memetik portal tempatan, Detik.com, perjalanan kesihatan Vidi Aldiano mula menjadi perhatian pada 2019 apabila beliau didiagnosis menghidap kanser buah pinggang tahap tiga. 

Penyakit itu pada awalnya dikesan secara tidak sengaja apabila Vidi memeriksakan suaranya yang tiba-tiba hilang kepada doktor pada Oktober 2019.

Vidi kemudian menjalani pemeriksaan kesihatan lanjut di Singapura.

Vidi juga merupakan suami kepada pelakon Indonesia, Sheila Dara.
 

Must Watch Video