awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
“Adakah kamu syaitan itu sendiri?” - Epstein disoal dalam rakaman temu bual baharu didedahkan
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Sabah pertimbang tambah bantuan dana usahawan belia - Hajiji

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
03/09/2022
10:55 MYT
Kerajaan Sabah pertimbang tambah bantuan dana usahawan belia - Hajiji
Hajiji turut menekankan keutamaan kerajaan dalam usaha membantu gerakan kebajikan yang dijalankan oleh golongan belia di negeri itu.
TUARAN: Kerajaan Sabah mempertimbangkan untuk menambah Dana Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS) sekiranya bantuan perniagaan tersebut mendapat sambutan dalam kalangan para usahawan belia di negeri itu.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia bertujuan bagi melonjakkan semula aktiviti keusahawanan akar umbi di Sabah selain pelaksanaan inisiatif tertentu daripada kerajaan bagi membantu golongan muda.
"Sekiranya peruntukan yang disediakan tidak mencukupi, kita akan pertimbangkan menambahnya.
"Kita mahu mereka melibatkan diri dalam keusahawanan atau perniagaan sama ada secara kecil-kecilan mahupun dalam skala yang lebih besar lagi," beliau berkata.
Pada masa yang sama, Hajiji turut menekankan keutamaan kerajaan dalam usaha membantu gerakan kebajikan yang dijalankan oleh golongan belia di negeri itu sebagai langkah untuk meningkatkan produktiviti golongan tersebut dalam memacu pembangunan negeri.
"Kita mesti memberi keutamaan kepada program anak-anak muda ini supaya mereka dapat melibatkan diri dalam gerakan yang membentuk kerja kebajikan dan minda mereka.
"Jadi inilah tujuan kerajaan selain dari kita memberi sedikit bantuan kepada program mereka," tambahnya.
Kerajaan Sabah sebelum ini telah memperuntukkan RM10 juta bagi Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (Syabas) yang telah dibuka permohonan beberapa hari yang lalu bagi merancakkan semula aktiviti keusahawanan di negeri itu yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#Usahawan Sabah
#Belia Sabah
#keusahawanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan