KOTA KINABALU:Industri pelancongan di Sabah dijangka akan kembali bangkit selepas ini susulan pengumuman kerajaan membenarkan aktiviti selam skuba pada Isnin.
Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, industri yang lumpuh akibat pandemik COVID-19 itu dijangka menerima sambutan semula membabitkan pelancong domestik terlebih dahulu.
"Kita menyambut baik keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membenarkan aktiviti menyelam (selam skuba) beroperasi semula.
"Kita telah merangka beberapa prosedur operasi standard (SOP) aktiviti menyelam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kini sedang menunggu kelulusan daripada MKN sebelum diumumkan dalam masa terdekat.
"Saya pasti berita baik itu amat dinantikan oleh pengusaha pelancongan selepas beberapa bulan tidak dapat beroperasi dan tumpuan selepas ini adalah untuk menarik pelancong-pelancong domestik," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
BACA: PKPB: Aktiviti menyelam kini dibenarkan di Sabah
Beliau yakin pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan akan mampu merancakkan kembali industri pelancongan negeri Sabah yang sepi dan suram sejak penularan COVID-19.
Tambahnya beliau berharap agar semua pihak terus mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Semalam Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata perkara mengenainya diputuskan oleh MKN susulan cadangan oleh kerajaan negeri.
Aktiviti menyelam tersebut boleh dilaksanakan dengan syarat bot yang membawa penyelam ke lokasi selaman tidak melebihi 30 peratus daripada muatan bot bagi memastikan ada penjarakan fizikal.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Tue Dec 01 2020

Industri pelancongan yang lumpuh akibat pandemik COVID-19 itu dijangka menerima sambutan semula membabitkan pelancong domestik. -Gambar fail

Sukan musim sejuk makin popular di Sichuan
Sebagai tuan rumah Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022, Sichuan kini semakin menjadi pilihan sebagai destinasi peranginan untuk sukan musim sejuk. Pelbagai kemudahan sukan musim sejuk yang dibina, menaikkan lagi nama wilayah itu sebagai destinasi pilihan penggemar sukan musim sejuk.

Davos 2021 | Gelembung perjalanan mampu pulih ekonomi dunia
Inisiatif gelembung perjalanan dan laluan hijau perniagaan dilihat amat penting sebegai inisiatif dalam memulihkan semula ekonomi menerusi proses rantaian bekalan. Para pemain industri berpandangan, gelembung perjalanan akan menjadi pemudah cara perniagaan susulan permintaan tinggi pengguna saat COVID-19 masih meruncing.

Pelajar OKU | Pertimbang laksana PdP bersemuka kepada pelajar pendidikan khas
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pertubuhan IKRAM Malaysia, Prof. Dr Omar Yaakob berkata, langkah itu bagi mengelakkan keciciran pendidikan berlaku terhadap golongan berkenaan memandangkan mereka berdepan kesukaran untuk melakukan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian.

COVID-19 | Ribuan dikaitkan dengan kluster hospital Taiwan
Pihak berkuasa kesihatan Taiwan mengarahkan 5,000 individu dikuarantin bagi mengenal pasti punca dua jangkitan COVID-19 yang dikaitkan di sebuah hospital.

COVID-19 | Indonesia lepasi angka sejuta kes positif
Indonesia yang mula dijangkiti wabak COVID-19 pada Mac tahun lalu, kini merekodkan angka keseluruhan lebih sejuta kes positif.

Destinasi pinggir bandar dijangka jadi pilihan penduduk China
Kemunculan sebula kes baharu COVID-19 dibeberapa kawasan di China dijangka mempengaruhi pilihan destinasi percutian penduduk negara itu sempena Tahun Baharu Cina. Atas faktor keselamatan, pilihan paling popular kini adalah destinasi di pinggir bandar.

Malaysia bakal peroleh vaksin buatan China, Rusia
KKM hari ini menandatangani dokumen Terms Sheet dengan dua syarikat pembekal vaksin untuk perolehan 18.4 juta dos vaksin.

COVID-19 | Jawatankuasa setuju memobilisasi sumber persekutuan dan negeri - KSN
Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat bersetuju untuk memobilisasi sumber perkhidmatan awam persekutuan dan negeri bagi memantau isu-isu berkaitan pelaksanaan dan pengurusan darurat, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

COVID-19 | 11 kes kematian dua hari berturut-turut
Malaysia catat kes kematian baharu sebanyak 11 kes bagi tempoh dua hari berturut-turut manakala kes baharu COVID-19 dilaporkan sebanyak 3,585 kes.

Kerajaan Perak sekali lagi tegaskan Air Terjun Tanjung Batu tidak musnah - Exco
Mohd Akmal berkata, setakat ini, air terjun yang berada dalam kompartmen 15 dan dikenali dengan nama Teluk Sera masih terpelihara.

Lukisan mural Laman Samudera tarikan terbaharu pelancong ke Mersing
Lukisan mural di Laman Samudera terletak berhampiran jeti penumpang Mersing hanya mengambil masa tiga minit berjalan kaki.

Kerajaan Sabah rangka SOP selam skuba
Industri pelancongan yang lumpuh akibat pandemik COVID-19 itu dijangka menerima sambutan semula membabitkan pelancong domestik.

Kadi daerah Johor Bahru maut semasa menyelam
Kadi Johor Bahru Mohd Fahami Abd Samad meninggal dunia dipercayai akibat lemas semasa melakukan aktiviti selam skuba di perairan Kampung Air Batang, Pulau Tioman.

Bot terbakar di Semporna: Mangsa melecur sehingga 30 peratus
Seramai tujuh pekerja sebuah pusat pelancongan selam skuba cedera dalam kejadian kebakaran sebuah bot di Dive Centre Floating, di sini, semalam.

Lelaki maut ketika sertai aktiviti menyelam di Pulau Tenggol
Mayat Tan Gue Kwang, 54 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur, dijumpai kira-kira jam 1.20 petang pada Rabu.

Veteran Perang Dunia Kedua pecah rekod sendiri sebagai penyelam skuba tertua di dunia
Rayu Woolley menyelam selama 44 minit pada kedalaman 40.6 meter, menandingi rekod sebelumnya iaitu 41 minit dan 38.1 meter, ketika berusia 94 tahun.

Pencinta alam sekitar berang hidupan laut jadi bahan mainan
Peraturan aktiviti menyelam tidak membenarkan penyelam menyentuh dan memegang, apa lagi menaikkan hidupan marin untuk diambil gambar.

Astro sasar rekod dunia pembersihan dasar laut
Sukarelawan dijemput untuk menyertai program Beautiful Malaysia, sebuah inisiatif Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) Astro di Sabah.