awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid
Polis serbu rumah penampungan, tahan 22 pendatang tanpa izin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Sabah sedia RM191 juta peruntukan untuk kebajikan tahun ini

Bernama
Bernama
12/02/2024
22:15 MYT
Kerajaan Sabah sedia RM191 juta peruntukan untuk kebajikan tahun ini
Menurut Nizam, dana berkenaan adalah khusus untuk memberi perhatian kepada usaha menaik taraf pelbagai infrastruktur kebajikan dan aspek bantuan kebajikan. - Bernama
TAWAU: Kerajaan Sabah menyediakan RM170 juta dana perbekalan serta RM21 juta dana pembangunan bagi Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah pada tahun ini.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, dana berkenaan adalah khusus untuk memberi perhatian kepada usaha menaik taraf pelbagai infrastruktur kebajikan dan aspek bantuan kebajikan.
"Hal ini antaranya, kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan yang wajar diberi perhatian termasuk golongan warga emas yang menghuni rumah warga tua di negeri ini," katanya kepada pemberita, di sini, pada Isnin.
Terdahulu beliau menghadiri Sambutan Majlis Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Jalinan Kasih Harapan Rakyat Sabah (PJKHRS) bagi meraikan 40 penghuni Rumah Warga Tua di Jalan Air Panas, di sini.
Sementara itu, Nizam yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Apas turut mahu lebih banyak usaha daripada badan bukan kerajaan menyantuni golongan yang memerlukan bantuan.
"Kita menyokong inisiatif PJKHRS ini yang dapat mendidik golongan belia lebih mengormati dan tampil meraikan golongan warga emas di sini untuk menggembirakan mereka," katanya lagi. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#dana perbekalan
#pembangunan
#rakyat Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan