awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Sabah sumbang 3.5 juta kepada SIB

Astro Awani
Astro Awani
18/09/2020
11:54 MYT
Kerajaan Sabah sumbang 3.5 juta kepada SIB
MADIUS (kanan) menyampaikan replika cek kepada Jerry Borneo Theological Seminari Namaus, Ranau.
Kerajaan negeri meluluskan bantuan kewangan RM3.5 juta bagi projek menaik taraf blok pentadbiran tambahan di Borneo Theological Seminari Namaus, Ranau.
Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Madius Tangau, dana itu diharap dapat menampung keperluan pendidikan untuk penganut bukan Islam di Sabah.
"Permohonan bagi pembinaan blok tambahan terbabit sudah diterima sejak 4 Jun tahun ini dan telah diluluskan oleh kabinet negeri pada 7 Julai yang lalu," katanya.
Penyerahan cek tersebut disampaikan Madius kepada Presiden Sidang Injil Borneo (SIB) Sabah, Rev. Datuk Ir. Jerry Dusing, di Borneo Theological Seminari.
Dalam perkembangan lain, Madius semasa sesi soal jawab turut menerima baik cadangan agar kerajaan negeri menyediakan bantuan biasiswa kepada pelajar bukan Islam yang mahu melanjutkan pengajian dalam bidang teologi.
"Satu cadangan yang sangat baik dan saya sendiri akan memberikan cadangan secara bertulis kepada Ketua Menteri berhubung perkara ini," katanya.
Sementara itu Jerry menyambut baik inisiatif kerajaan negeri dalam usaha membantu pembangunan pendidikan dan memperkasakan modal insan bagi penganut bukan Islam di Sabah.
"Ini jelas menunjukkan keprihatinan dan keterbukaan kerajaan negeri membantu memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat termasuk badan-badan keagamaan bukan Islam di negeri ini,"katanya.
Kolej Teologi Sabah yang terletak di Namaus, Ranau itu ditubuhkan pada tahun 1965 untuk melatih penuntut pelajar bidang Teologi.
Topic Berkaitan
#bukan Islam
#Islam
#kerajaan
#Madius Tangau
#pelajar
#pendidikan
#Ranau
#Sidang Injil Borneo
#Timbalan Ketua Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan