KUALA LUMPUR: Kerajaan melantik pusat penyelidikan dan pembangunan gunaan nasional, MIMOS Berhad sebagai agensi pelaksana program Identiti Digital Nasional (IDN) dengan peruntukan awal sebanyak RM80 juta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata peruntukan itu akan disalurkan kepada MIMOS pada minggu hadapan oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menyegerakan pelaksanaan program berkenaan.
Beliau berkata, peruntukan itu sebagai permulaan awal kerajaan ke arah transformasi digital.
"Jadi ada keperluan segera, memang ada peruntukan untuk maksud tersebut sudah diluluskan KDN. Untuk mempercepatkan proses itu, kita segerakan dan minta program pelaksanaan itu diawalkan dan saya mendapat jaminan ia akan disegerakan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.
"Saya sudah minta Kementerian Kewangan dan KDN menyalurkan RM80 juta minggu depan," jelasnya.
Tambah Anwar, keperluan pengurusan juga perlu disegerakan sebelum akhir November ini bagi menyegerakan pelaksanaan IDN.
Beliau berkata demikian ketika berucap selepas mengadakan lawatan di MIMOS Berhad di ibu negara pada Selasa.
IDN merupakan program tambah nilai yang diperkenalkan kerajaan bertujuan mewujudkan satu platform pengesahan yang bakal memanfaatkan sektor awam dan swasta menerusi pengesahan identiti pengguna semasa transaksi digital.
Platform itu disasarkan kepada semua warga negara dan penduduk tetap di Malaysia berusia lima tahun ke atas.
Sementara itu, Anwar berkata, negara perlu terus diperkasakan dengan kemahiran dan penyelidikan tempatan dan tidak hanya bergantung kepada kepakaran luar semata-mata.
"Kita mahu jentera penyelidikan sains, teknologi di negara kita diperkasa. Kalau kita mahu angkat martabat dan darjat negara, maka kita harus guna kekuatan dalaman, tidak bermakna kita tidak mahu menimba pengalaman asing.
"Kita ingin negara ini maju jangan ketinggalan, tapi maju ini tidak hanya menciplak, menyerahkan kepakaran asing, maju ini ada kekuatan dalaman.
"Kita dah melahirkan pakar-pakar seperti MIMOS, kajian sains dalam negara kita harus memanfaatkan sebaik mungkin," katanya lagi.
Fareez Azman
Tue Nov 21 2023
Anwar berkata peruntukan itu akan disalurkan kepada MIMOS pada minggu hadapan oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menyegerakan pelaksanaan program berkenaan. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
Pemimpin UMNO diingatkan jangan 'usik' rakan komponen Kerajaan Perpaduan
Pimpinan-pemimpun UMNO diingatkan agar tidak 'mengusik' rakan-rakan parti komponen Kerajaan Perpaduan sehingga menimbulkan masalah.
Perdana Menteri tempat ke-15, 500 muslim paling berpengaruh di dunia
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersenarai di tempat ke-15 dalam 500 muslim paling berpengaruh di dunia.
Sultanah Kelantan berkenan nama dipatenkan pada bunga orkid
Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra berkenan memilih nama baginda untuk dipatenkan sebagai nama bunga orkid iaitu Orkid Vandachostylis Sultanah Nur Diana Petra.
Banjir: Mangsa di Kedah, Perlis meningkat, negeri lain berkurangan
Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Perlis merekodkan peningkatan petang ini berbanding pagi tadi manakala di Johor, Perak, Selangor, Melaka dan Pahang berkurangan.
Pembatalan belian minyak sawit oleh kilang India dianggap tindakan sementara - Johari
Keputusan kilang penapis India membatalkan pembelian kira-kira 100,000 tan minyak sawit sebagai respons terhadap kenaikan cukai import yang diputuskan kerajaannya.
AWANI Borneo [08/10/2024] - Akademi aeroangkasa dilancar | Elak kelewatan projek | Penstrukturan semula ekonomi
Tumpuan Awani Borneo 8 Oktober 2024 bersama Jasmine Abu Bakar
1. Sarawak mula langkah jadi jaguh industri aeroangkasa di rantau Asia.
2. Tidak perlu tunggu geran tanah laksana projek Persekutuan - Hajiji
3. Belanjawan 2025: Perlu fokus pembangunan hiliran di Sabah dan Sarawak - penganalisis
1. Sarawak mula langkah jadi jaguh industri aeroangkasa di rantau Asia.
2. Tidak perlu tunggu geran tanah laksana projek Persekutuan - Hajiji
3. Belanjawan 2025: Perlu fokus pembangunan hiliran di Sabah dan Sarawak - penganalisis
Polis tumpas kegiatan proses, jual air ketum di Sungai Buloh
Polis menumpaskan kegiatan memproses dan menjual air ketum yang disyaki berselindung di sebalik sebuah syarikat landskap dalam serbuan di Sungai Buloh.
[TERKINI] Majlis Penutup Forum Khazanah Megatrends 2024
Turkiye bawa keluar rakyat dari Lubnan, hantar kapal tentera laut
Turkiye mengumumkan pada Selasa bahawa ia akan memindahkan rakyatnya dari Lubnan pada Rabu melalui laluan laut berikutan pengeboman Israel di negara itu yang semakin meningkat, lapor Xinhua.
Presiden Jokowi arah penjawat awam pindah ke Nusantara pada Januari 2025
Presiden Joko Widodo telah menyampaikan arahan untuk memulakan pemindahan penjawat awam ke ibu kota baharu Nusantara (IKN) di Kalimantan Timur pada Januari 2025.
Imigresen serbu pusat karaoke, 39 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
Siasatan kes GISB komprehensif, libatkan pelbagai peruntukan undang-undang
Siasatan polis terhadap kes GISB dijalankan secara komprehensif dari pelbagai sudut peruntukan undang-undang.
KDN sahkan seorang anggota polis ditahan kes tembakan di Song
Saifuddin Nasution dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata mengenai penglibatan anggota polis dalam insiden tersebut semasa lawatannya ke Sarawak.
KDN terima maklum balas berkaitan penggunaan kamera badan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima maklum balas baik berhubung projek rintis penggunaan kamera badan terhadap sebilangan pegawai dan anggota dalam pasukan keselamatan itu.
KDN lupus 5.8 tan metrik alat mainan seks bernilai RM1.3 juta
Proses sitaan dan pelupusan diputuskan melalui perintah mahkamah di bawah Seksyen 19(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.
Kecekapan, kredibiliti PDRM dapat selesaikan isu GISB - Saifuddin
Beliau berkata sekiranya jelas berlaku ekploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak, kesalahan seksual kanak-kanak mahu pun pemerdagangan manusia, tindakan perlu diambil.
Tujuh tahun ulang-alik JPN, wanita lega anak angkat dapat dokumen pengenalan diri
Selepas tujuh tahun berusaha mendapatkan dokumen pengenalan diri untuk anak angkat perempuannya, seorang wanita menarik nafas lega apabila berjaya memperoleh kad pengenalan hari ini.
KDN nafi laporan Pasukan Petugas Khas kes Pastor Raymond Koh diubah
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan bahawa Laporan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat kehilangan Pastor Raymond Koh yang dikemukakan kepada keluarga dan peguam telah diubah.
Dua lagi Baitul Mahabbah bakal dibuka
Kerajaan akan membuka dua lagi pusat jagaan Baitul Mahabbah yang dikendalikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) khusus untuk kanak-kanak warga asing berumur di bawah 10 tahun.
Mpox: KDN tumpu kawalan di empat pintu masuk utama negara
KDN memberikan tumpuan di empat pintu masuk utama negara dalam usaha membantu Kementerian Kesihatan mengekang penularan mpox atau cacar monyet.