PUTRAJAYA: Kerajaan menyarankan supaya nama kad visa Touch 'n Go (TnG) diubah supaya tidak mengelirukan pengguna memandangkan perkataan 'Touch 'n Go' sinonim dengan sistem pembayaran tol, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Ia adalah antara tindakan segera yang diarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam sesi libat urus bersama pihak pengurusan TnG bagi menyelesaikan isu berbangkit berhubung perkhidmatan kad TnG, katanya.
Salahuddin berkata pihak TnG perlu mengadakan advokasi bagi menjelaskan kepada pengguna bahawa kad prabayar visa TnG hanya untuk tujuan pembelian barangan dan perkhidmatan serta pengeluaran wang.
"Kad ini tidak boleh digunakan bagi tujuan pembayaran tol dan pengangkutan awam," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena sesi libat urus berkenaan iaitu antara permasalahan yang diutarakan pada sesi itu ialah isu berkaitan penggunaan kad visa TnG terutama bagi pembayaran tol.
Salahuddin berkata pihak TnG juga telah diarahkan untuk melaksanakan advokasi dan notifikasi awal kepada pengguna bagi pemakluman tempoh kad yang akan luput, selain menambah baik kaedah dan mempercepatkan proses serta tempoh bayaran balik dan pemindahan baki.
Pihak TnG juga diarahkan menambah pusat jualan kad dan perkhidmatan TnG di lokasi selain pusat sedia ada di KL Sentral dan Bangsar, selain meminta penyedia platform perniagaan dalam talian untuk menurunkan iklan jualan kad TnG oleh pihak ketiga yang tidak mendapat kebenaran menjual kad terbabit, katanya.
"Pihak TnG juga diberi masa satu minggu untuk hasilkan pelan tindakan susulan seterusnya," katanya.
Salahuddin berkata bahagian penguatkuasaan KPDN akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menjual kad TnG melebihi harga yang ditetapkan oleh pengeluar di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023

Salahuddin berkata pihak TnG perlu mengadakan advokasi bagi menjelaskan kepada pengguna bahawa kad prabayar visa TnG hanya untuk tujuan pembelian barangan dan perkhidmatan serta pengeluaran wang. - Gambar fail

Mustafa Centre dari Singapura bakal buka gedung pertama di Johor Bahru
Mustafa akan membeli 591 unit runcit yang tidak terjual di Capital City Mall daripada syarikat tersebut yang merupakan gabungan kawasan boleh sewa bersih seluas 641,216 kaki persegi.

Alami pengalaman menakjubkan di Astro Experience Store
Premis baharu itu menawarkan pelanggan pengalaman luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan disediakan Astro.

Pembersihan UMNO: Jangan salahkan Presiden, itu keputusan Lembaga Disiplin - Saarani
Saarani berkata sebagai ahli perlu akur kepada perlembagaan dan peraturan parti bahawa mana-mana ahli yang membuat silap dan melanggar disiplin akan dikenakan tindakan.

COVID-19 | Perancis lanjutkan ujian COVID bagi pelancong dari China
Perancis memutuskan untuk melanjutkan ujian COVID-19 terhadap pelancong yang tiba dari China sehingga 15 Februari kerana terdapat beberapa situasi dan perkembangan baharu.

Kerakusan Zahid bakal ranapkan UMNO - Penganalisis politik
Kerakusan Ahmad Zahid akan meranapkan UMNO dan bakal dicatat dalam sejarah sebagai Presiden yang menghancurkan UMNO, kata Kartini Aboo.

AWANI Ringkas: Penyelesaian banjir di Johor

AWANI Ringkas: Serangan bersenjata di Tehran

Vaksin COVID-19 | Jumlah penerima dos penggalak kedua bertambah, kini 2.4%
Kemas kini terbaharu di portal KKM NOW menunjukkan, dengan pemberian harian sebanyak 1,779 dos, bilangan penerima dos penggalak kedua kini meningkat kepada 2.4 peratus.

COVID-19 | 258 kes baharu, dua kematian dilaporkan
Untuk 21 hari berturut-turut, jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Sembunyi minyak masak, peniaga kedai runcit dikenakan tindakan
Serbuan dilakukan susulan menerima aduan menerusi media sosial tentang peniaga itu yang enggan menjual minyak masak terbabit.

KPDN cadang kedai makan perkenal Menu Rahmah bawah RM5
Menu Rahmah yang terdiri daripada nasi, ayam atau ikan dan sayur itu dijangka mendapat persetujuan daripada beberapa persatuan kedai makanan.

KPDN Pulau Pinang bongkar kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, berjaya membongkar taktik menjadikan sebuah sauna terbiar untuk menyembunyikan minyak masak paket subsidi satu kilogram.

Kerajaan saran tukar nama kad visa TnG untuk elak kekeliruan
Kerajaan menyarankan supaya nama kad visa Touch 'n Go (TnG) diubah supaya tidak mengelirukan pengguna memandangkan perkataan 'Touch 'n Go' sinonim dengan sistem pembayaran tol.

Restoran caj air suam RM2!
Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan terbabit, termasuk hidangan makanan dan minuman lain, ialah RM102.

Lelaki ditahan disyaki cuba seleweng diesel bersubsidi
Lelaki yang bekerja dengan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi itu membeli bahan api berkenaan di beberapa stesen minyak.

Isu perkhidmatan Touch 'n Go, KPDN tubuh pasukan khas - Salahuddin
KPDN akan menubuhkan sebuah pasukan khas bagi meneliti masalah berkaitan sistem pembayaran baharu Touch 'n Go yang didakwa bermasalah, sejak kebelakangan ini.

Ditahan ketika pindah diesel haram
Pemeriksaan di premis terbabit menemui 42,000 liter minyak diesel yang dipercayai diseleweng.

Isu kemiskinan tegar, agenda utama KPDN dalam Bajet 2023
Katanya, ia merupakan satu keutamaan kepada Kerajaan Perpaduan, selain menjadi agenda nasional di bawah kepimpinan PM Anwar.

KPDN tangani isu birokrasi dalam proses permohonan syarikat perniagaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan menangani isu birokrasi dalam proses permohonan syarikat tempatan dan antarabangsa untuk menjalankan aktiviti perniagaan di Malaysia.