awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo lancar penerbangan pertama, catat era baharu dalam kesalinghubungan Sarawak
64 kampung di Terengganu dikhuatiri terjejas susulan fenomena air pasang tinggi
Ekonomi Singapura tumbuh 5.7 peratus pada suku keempat 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Sarawak salur peruntukan tambahan RM10 juta kepada JPBN

Bernama
Bernama
31/01/2025
10:57 MYT
Kerajaan Sarawak salur peruntukan tambahan RM10 juta kepada JPBN
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata menerusi peruntukan itu, JPBN akan mengagihkan bantuan di semua kawasan terjejas akibat banjir. - Gambar fail
MIRI: Kerajaan negeri hari ini mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM10 juta untuk disalurkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berikutan banjir yang melanda negeri berkenaan.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata menerusi peruntukan itu, JPBN akan mengagihkan bantuan di semua kawasan terjejas akibat banjir luar biasa itu.
"Sudah ada peruntukan kepada JPBN sebelum ini. Saya tambah RM10 juta lagi untuk mereka membantu semua kawasan yang terjejas," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Bulan Sabit Merah menempatkan penduduk Kampung Lereng Bukit, yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh tiga hari lepas.
Sementara itu, beliau berkata banjir luar biasa yang melanda Sarawak ketika ini tiada kaitan dengan masalah sistem perparitan, sebaliknya ia berpunca daripada perubahan iklim.
"Banjir yang melanda hampir keseluruhan kawasan di Sarawak berlaku disebabkan taburan hujan luar biasa sejak beberapa hari lepas, dan hujan berterusan itu kemudiannya bertembung pula dengan air pasang besar," katanya.
Abang Johari berkata banjir yang berlaku di Bintulu adalah terburuk sejak 30 tahun lepas, dan banjir di Sarawak seperti kebakaran yang berlaku di California, yang disebabkan oleh perubahan iklim.
Beliau berkata atas sebab itu, Sarawak mengambil berat tentang perubahan iklim dan berusaha menanganinya dengan berusaha ke arah penggunaan tenaga hijau seperti hidrogen.
Ditanya mengenai kemungkinan penduduk yang enggan berpindah ke PPS ketika berlaku bencana seperti banjir, Abang Johari berkata kerajaan merayu kepada mereka untuk berpindah sekiranya diminta berbuat demikian.
"Kita mempunyai data yang cukup mengenai bahaya yang akan timbul. Sebab itu kita minta mereka berpindah. Tolonglah berpindah jika diminta berpindah oleh pihak berwajib," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#peruntukan
#Sarawak
#JBPN
#pengurusan bencana
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan