KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang membangunkan pelan tindakan baharu untuk Bumiputera bagi meneliti semula pendekatan dalam pelaksanaan program membabitkan golongan berkenaan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata sehubungan itu, peruntukan untuk pembangunan Bumiputera menerusi Belanjawan 2024 diletakkan di bawah Kementerian Ekonomi terlebih dahulu berbanding disalurkan terus kepada agensi-agensi seperti Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) atau Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas).
"Peruntukan untuk pemerkasaan Bumiputera dan pendidikan di bawah Yayasan Peneraju berjalan seperti biasa, termasuk program pembangunan sebanyak RM300 juta dan program khas peruntukan kepada Bumiputera untuk tahun depan.
"Saya buat keputusan untuk diletakkan di peringkat kementerian terlebih dahulu sementara kita membangunkan pelan tindakan baharu Bumiputera," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.
Pada Mac lepas, Rafizi dilaporkan berkata keberkesanan Teraju dalam mengendalikan agenda Bumiputera akan diteliti semula berikutan dana yang disediakan kerajaan tidak disalurkan sepenuhnya kepada golongan sasar.
Menurut beliau Teraju masih mempunyai baki dana sebanyak RM800 juta dari tahun-tahun sebelum ini merangkumi peruntukan perbelanjaan pembangunan dan mengurus yang boleh digunakan untuk aktiviti berkaitan Bumiputera pada tahun depan.
"Ya, akan ada program baharu Teraju kerana baki yang diperuntukkan pada tiga, empat tahun lepas (masih ada)... maksudnya program yang dibuat sama ada tidak ada sambutan atau tidak kena, kita perlu tambah baik dan selaras program itu, baru boleh melancarkan program baharu," tambah beliau.
Teraju yang ditubuhkan pada 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri berperanan menerajui, menyelaras dan memacu agenda Bumiputera bertujuan meningkatkan penguasaan kumpulan berkenaan dalam ekonomi negara.
Sementara itu, Rafizi berkata pelaksanaan gaji progresif yang dicadangkan adalah bersifat sukarela dengan menggunakan pendekatan "carrot and stick" (ganjaran dan balasan).
Beliau berkata majikan yang menyertai skim gaji progresif dan mula membayar gaji secara progresif mengikut kadar yang ditetapkan oleh kerajaan berdasarkan sektor dan tahap kemahiran akan menerima insentif tunai tertentu.
"Kebaikan kepada majikan juga ialah kakitangan yang berada dalam skim gaji progresif perlu melalui latihan khusus yang akan meningkatkan kemahiran mereka.
"Manakala "stick'' pula kalau mereka tidak masuk (sertai gaji progresif) maka akan hadapi kesukaran mendapatkan bakat," katanya sambil menambah perincian lanjut akan dibahas melalui pembentangan Kertas Putih Gaji Progresif di Dewan Rakyat pada 30 Nov ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023
Menteri Ekonomi yang juga Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli ketika menghadiri Sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Kerajaan sedang bangunkan pelan tindakan baharu Bumiputera - Rafizi
Kerajaan sedang membangunkan pelan tindakan baharu untuk Bumiputera bagi meneliti semula pendekatan dalam pelaksanaan program membabitkan golongan berkenaan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.