Kerajaan sedang bincang pelbagai VTL dengan negara jiran serantau - Khairy

Azyyati Ahmad
November 29, 2021 00:33 MYT
Khairy berkata rancangan itu akan dilakukan secara tersusun dengan mempertimbangkan kemunculan varian baharu Omicron. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang berbincang pelbagai Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) bersama negara jiran serantau seperti yang dilakukan antara Malaysia dan Singapura yang bermula secara rasmi hari ini.
Bagaimanapun, menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, rancangan itu akan dilakukan secara tersusun dengan mempertimbangkan kemunculan varian baharu Omicron.
Tambah Khairy, VTL melalui laluan udara dan darat antara Malaysia dan Singapura merupakan langkah pertama dalam pembukaan selamat sempadan atau #ReconnectingSafely antara negara jiran.
“Ujian calitan sebelum berlepas dan semasa ketibaan kekal dilaksanakan dan VTL hanya untuk pengembara yang telah menerima vaksin lengkap,” katanya menerusi ciapan terbaharu di akaun Twitter miliknya.

We are discussing various additional VTLs with other regional neighbours but will do so in a calibrated manner with the emergence of VOC Omicron.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) November 29, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pembukaan sempadan VTL melalui laluan udara dan darat antara Malaysia dan Singapura yang bermula hari ini merupakan mekanisme dipersetujui kedua-dua negara dan dijangka dapat memudahkan rakyat kedua-dua negara untuk pulang, tanpa menjalani kuarantin.
BACA: Malaysia-Singapura: Laluan perjalanan vaksin secara rasmi hari ini
Seiring dengan perkembangan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan rasmi pertama beliau ke Singapura hari ini bagi memenuhi jemputan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.
#Khairy Jamaluddin #vaksin lengkap #varian baharu #VTL