awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Singapura: Laluan perjalanan vaksin secara rasmi hari ini

Astro Awani
Astro Awani
28/11/2021
22:54 MYT
Malaysia-Singapura: Laluan perjalanan vaksin secara rasmi hari ini
VTL merupakan mekanisme yang dipersetujui kedua-dua negara yang dijangka dapat memudahkan rakyat kedua-dua negara untuk pulang, tanpa menjalani kuarantin. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pembukaan sempadan Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) melalui laluan udara dan darat antara Malaysia dan Singapura bermula secara rasmi hari ini.
Seiring dengan perkembangan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan rasmi pertama beliau ke Singapura hari ini bagi memenuhi jemputan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.
Ismail Sabri dijadualkan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura, Halimah Yacob dan bermesyuarat dengan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong.
Kedua-dua pemimpin akan berbincang mengenai kerjasama dua hala Malaysia-Singapura, termasuk mengenai peluang kerjasama baharu, terutama dalam usaha-usaha pemulihan daripada kesan pandemik COVID-19.
Kedua-dua Perdana Menteri juga akan saling bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Lawatan itu akan dilaksanakan dengan pematuhan penuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan Singapura.
Ismail Sabri akan diiringi oleh Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad serta pegawai-pegawai kerajaan daripada kementerian dan agensi yang berkaitan.
VTL merupakan mekanisme yang dipersetujui kedua-dua negara yang dijangka dapat memudahkan rakyat kedua-dua negara untuk pulang, tanpa menjalani kuarantin.
Topic Berkaitan
#VTL
#COVID-19
#Malaysia
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan