awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sedia bincang permasalahan pemilik hartanah Kampung Sungai Baru

Bernama
Bernama
06/06/2024
09:00 MYT
Kerajaan sedia bincang permasalahan pemilik hartanah Kampung Sungai Baru
Dr Zaliha ketika sidang media pada Majlis Penyerahan Projek Siap Pembinaan RAMP/Flyover sepanjang 300 meter dari Jalan P15H ke Persiaran Timur Bagi Tujuan Penyuraian Trafik, hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan bersedia berbincang mengenai permasalahan dihadapi lebih 100 pemilik hartanah di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur berkenaan penilaian hartanah mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Beliau bagaimanapun berkata ia tertakluk kepada beberapa prosedur yang perlu dipatuhi dan semua pihak harus faham bahawa penilaian dibuat berdasarkan nilai tanah di kawasan itu sebelum sebarang pampasan diberikan.
"Kita melihat nilai tanah berkenaan sebelum pampasan diberikan, itu memang caranya. Penduduk yang rasa ini tidak mencukupi, mereka boleh terus untuk melihat semakan mahkamah bagi melihat dan menilai kembali perkara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan dokumen projek laluan susur di Presint 15, di sini hari ini.
Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad semalam dilaporkan berkata kerajaan perlu melaksanakan penilaian semula harga tanah dengan lebih adil berbanding RM450 hingga RM500 bagi setiap kaki persegi yang ditawarkan kepada lebih 100 pemilik kediaman flat dan teres terbabit.
Dalam perkembangan lain, Dr Zaliha berkata mesyuarat pasukan petugas untuk menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara akan melibatkan pihak berkepentingan antaranya arboris (pakar tumbuhan berkayu), pakar dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
"Ia untuk membincangkan secara tuntas, mungkin ada faktor lain yang kita kena ambil kira iaitu dalam mencantikkan bandar raya, tetapi kena ada faktor keselamatan khusus perlu diambil kira termasuk spesies pokok dan kawasan tanah bagi pokok," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemilik hartanah Kampung Sungai Baru
#Zaliha Mustafa
#penilaian hartanah
#pampasan
#Khalid Abdul Samad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan