Kerajaan bersedia melancarkan projek kereta nasional 3.0 menjelang 2020 sebagaimana dibayangkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof berkata kerajaan sekarang percaya bahawa langkah itu akan mencergaskan kembali industri automotif negara.
"Kami mencuba untuk mencergaskan dan mengembangkan industri ini memandangkan potensinya yang besar, Selain itu, pengeluar komponen kenderaan juga adalah antara sektor yang memacu perusahaan kecil dan sederhana (PKS)," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Konvokesyen Kolej Automotif TOC, di sini, hari ini.
Terdahulu, ketika berucap, Mohd Redzuan berkata kerajaan memerlukan sokongan bagi industri ini, begitu juga dengan pengetahuan, kemahiran dan graduan berkemahiran untuk menjayakan cita-cita ini.
"Pada masa lalu, kita cuba mengembangkan industri ini dengan mewujudkan kereta kita sendiri, tetapi jelas, kita perlu bekerja seiring dengan masa.
"Ini memberikan banyak cabaran sebagaimana yang kita saksikan hari ini dimana Proton perlu berkompromi," katanya.
Justeru, kata Mohd Redzuan, kerajaan akan menyempurnakan dan memperbaiki daripada "apa dan di mana yang salah (terhadap Proton)".
Dr Mahathir mengesahkan aspirasi membina projek kereta nasional ketiga dalam lawatannya ke Jepun pada Jun lalu selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei tahun ini.
Perdana Menteri dilaporkan berkata bahawa, kerajaan meninjau untuk membina kereta nasional 3.0 selepas Proton dan Perodua, memandangkan ilham yang dicetuskannya, Proton menjalin perkongsian strategik dengan Zhejiang Geely Holding Group Co (Geely) dari China pada Mei tahun lalu.
Mohd Redzuan berkata, kerajaan boleh menjadi fasilitator kepada graduan automotif untuk menjalankan latihan kerja di Jepun.
"Kami lebih dari gembira untuk melaksanakannya dan kita juga mempunyai rakan di Jepun yang sanggup menerima graduan kita untuk latihan kerja di sana," katanya dan menambah bahawa langkah itu akan membantu industri automitif tempatan berkembang maju dan menjadi lebih berdaya tahan, terutama dalam sektor pengeluaran komponen kenderaan," katanya.
Sektor automotif menyumbang empat peratus kepada keluaran dalam negara kasar pada 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 04 2018
Mohd Redzuan Yusof berkata kerajaan sekarang percaya bahawa langkah itu akan mencergaskan kembali industri automotif negara. -Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
MATEC 2024: Peluang anak muda terokai industri automotif
Tinjaun Astro AWANI mendapati anak-anak muda menyifatkan MATEC 2024 sebagai platform untuk mempelajari selok-belok industri automotif.
SpeedFest 2024 dijangka cipta rekod perhimpunan kereta terbesar di Malaysia
Acara yang sedang berlangsung di di KL Base, Sungai Besi tampilkan legenda automotif Shoji Inoue, Jin Horino dan Daijiro Inada dari Jepun.
Dasar AP Terbuka mulai 1 Julai 2024, beri manfaat kepada lebih ramai usahawan bumiputera
Mana-mana syarikat bumiputera, termasuk yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif, boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka bagi menceburi aktiviti pengimportan dan penjualan
Kemunculan kenderaan perisai Tarantula, Rentaka jadi tumpuan ramai pada Malaysia Autoshow 2024
Penyertaan kali pertama Mildef memberi peluang kepada peminat automotif mendekati kenderaan perisai yang dibangunkan syarikat tempatan itu.
Untung bersih DRB-Hicom susut 15.2 peratus disebabkan caj cukai lebih tinggi
Bagaimanapun, kumpulan itu merekodkan pertumbuhan 5.0 peratus dalam PBT kepada RM210.76 juta berbanding RM200.77 juta sebelumnya.
Proton rekod jualan 12,882 unit Jan 2024, permulaan terbaik tahun baharu
Menurut Proton, jumlah jualan yang dicatatkan itu merupakan peningkatan sebanyak 10.3% berbanding bulan Januari tahun lalu.
Elegan dan premium, Honda lancar CR-V serba baharu
CR-V serba baharu menawarkan pilihan khusus untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelbagai pelanggan.
Pembangunan AHTV di Tanjung Malim tingkat nilai pelaburan hingga RM40 bilion - MB
Faktor utama peningkatan nilai pelaburan AHTV itu dipengaruhi oleh pemindahan operasi Proton dari Shah Alam ke Tanjung Malim.
Proton buka pusat pengalaman digital automotif pertama di Malaysia
'Proton Digital Xperience' (Proton DX) disasarkan untuk menjadi hab bagi peminat kereta dan teknologi daripada semua peringkat umur.
Proton jual 9,415 kenderaan pada April, naik 6.5 peratus dari tahun ke tahun
Proton merupakan satu-satunya jenama lima teratas yang merekodkan kenaikan jualan pada April.