awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usahawan muda angkat kembali warisan atap nipah dan rumbia
Video tular individu bertudung minum arak: PDRM tahan dua individu
Pelancongan desa Selangor berpotensi jadi model rujukan nasional kempen TMM2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sedia pelan sokongan jika terpaksa tangguh penggunaan vaksin AstraZeneca

Bernama
Bernama
04/04/2021
12:00 MYT
Kerajaan sedia pelan sokongan jika terpaksa tangguh penggunaan vaksin AstraZeneca
Khairy menasihati orang ramai supaya tidak bimbang, kerana Malaysia ketika ini masih menggunakan vaksin Pfizer-BioNTech dan Sinovac. - BERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan mempunyai beberapa pelan sokongan jika terpaksa menangguhkan penggunaan vaksin COVID-19 AstraZeneca, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata perancangan itu dibuat sekiranya vaksin tersebut didapati tidak sesuai untuk digunakan di negara ini.
"Kalau kita terpaksa tunda atau sekiranya mendapati bahawa AstraZeneca tidak sesuai, kita ada beberapa perancangan lain (pelan sokongan). Sebagai contoh, kita ada satu tawaran dari Pfizer-BioNTech untuk tambah lagi 12.8 juta dos, iaitu tambahan daripada yang telah kita tempah iaitu lebih kurang 30 juta dos.
"Ini adalah masih lagi dalam pelan sokongan sekiranya ia (AstraZeneca) tidak boleh dipakai," katanya dalam sidang media bersama Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad di Bangunan Dato Jaafar di sini, hari ini.
Jelasnya Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), akan mengadakan mesyuarat pada Selasa depan bagi mendengar laporan daripada kumpulan pakar mengenai perkembangan vaksin berkenaan.
Beliau berkata, kumpulan pakar di Malaysia sedang mengikuti perkembangan vaksin tersebut dan mengambil maklum mengenai beberapa kes pembekuan darah, yang dikenal pasti oleh badan kawal selia dari United Kingdom (UK).
"Tetapi kita masih lagi sedang melihat data tersebut, dan apa sahaja keputusan berkenaan penggunaan vaksin ini akan kita maklum kemudian," katanya.
Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, Malaysia dijadual mula menerima penghantaran vaksin AstraZeneca pada Mei iaitu melibatkan tempahan 6.4 juta dos bagi penggunaan 3.2 juta rakyat.
Bagaimanapun, Khairy menasihati orang ramai supaya tidak bimbang, kerana Malaysia ketika ini masih menggunakan vaksin Pfizer-BioNTech dan Sinovac.
Dalam pada itu, beliau berkata vaksin COVID-19 Novavax juga merupakan antara vaksin yang sedang dipertimbang kerajaan, dan dalam rundingan dengan pengeluarnya.
Khairy berkata, pihaknya akan terus memantau dan membuat lebih banyak analisis genom virus yang dikesan, bagi mengetahui kes-kes varian di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#United Kingdom
#AstraZeneca
#Pfizer-BioNTech
#COVID-19
#vaksin
#pelan sokongan
#terpaksa menangguhkan
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan