awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sedia pertimbang autonomi pembangunan ekonomi Sabah, Sarawak

Bernama
Bernama
08/10/2025
07:15 MYT
Kerajaan sedia pertimbang autonomi pembangunan ekonomi Sabah, Sarawak
Hanifah berkata sebarang langkah ke arah pelaksanaan autonomi memerlukan penyataan hasrat rasmi daripada kerajaan negeri terbabit. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia mempertimbangkan permintaan autonomi pembangunan ekonomi yang dikemukakan oleh Sabah dan Sarawak namun pelaksanaannya tidak mudah selain perlu diteliti mengikut Perlembagaan Persekutuan serta Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ringkasan AI
  • Kerajaan bersedia mempertimbangkan permintaan autonomi pembangunan ekonomi oleh Sabah dan Sarawak, namun pelaksanaannya perlu diteliti mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 serta memerlukan hasrat rasmi dan jaminan keupayaan pentadbiran daripada kerajaan negeri.
  • Pelaksanaan projek infrastruktur asas dalam RMK13 akan menumpukan kepada tiga teras utama iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai dan memperkukuh tadbir urus, dengan fokus kepada jalan luar bandar, air bersih, elektrik, pendidikan, kesihatan dan liputan digital.
  • Sistem pemantauan seperti MyRMK dan MyProjek akan digunakan bagi memastikan pelaksanaan projek secara telus dan sistematik, selain strategi mempercepat pembangunan kawasan kurang membangun dan sesi libat urus di pedalaman untuk mendengar suara rakyat.

Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib berkata sebarang langkah ke arah pelaksanaan autonomi memerlukan penyataan hasrat rasmi daripada kerajaan negeri terbabit serta jaminan keupayaan untuk mengambil alih tanggungjawab pentadbiran, kewangan, sumber manusia dan tadbir urus.
Beliau berkata isu itu juga antara yang telah dibangkitkan dan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di Bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor sebelum ini.
"Daripada segi kepentingan autonomi, kerajaan memahami permintaan Sabah dan Sarawak untuk diberikan autonomi ini dalam merancangkan pembangunan ekonomi yang lebih rancak tetapi ini bukan mudah untuk dilaksanakan.
"Insya-Allah, daripada segi apakah yang dapat dipersetujui daripada segi autonomi akan dimaklumkan bila ia telah dipersetujui," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Hanifah Hajar menjawab soalan tambahan Datuk Anyi Ngau (GPS-Baram) yang ingin tahu pendirian kerajaan mengenai permohonan Sabah dan Sarawak untuk diberikan lebih autonomi berkenaan dengan perancangan pembangunan ekonomi.
Menjawab soalan asal Anyi yang bertanyakan perancangan strategik untuk memastikan projek infrastruktur asas dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dapat dilaksanakan di kawasan pedalaman untuk mengurangkan jurang pembangunan, beliau berkata pelaksanaannya akan menumpukan tiga teras utama iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai dan memperkukuh tadbir urus.
Beliau berkata antara tumpuan RMK13 ialah peluasan jalan luar bandar, peningkatan akses air bersih, bekalan elektrik, kemudahan pendidikan dan kesihatan serta liputan digital dengan pendekatan berasaskan data, keperluan rakyat serta keutamaan negeri.
Selain itu, Hanifah Hajar berkata sistem pemantauan seperti MyRMK dan MyProjek akan digunakan untuk memastikan pelaksanaan projek dapat dipantau secara telus serta sistematik.
Menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) berhubung jaminan kerajaan bahawa kawasan ketinggalan tidak dipinggirkan, beliau berkata RMK13 mengutamakan empat strategi utama termasuk mempercepat pembangunan kawasan kurang membangun dan memperkukuh integrasi ekonomi.
"Selain itu, mekanisme pemantauan yang telus akan dilaksanakan termasuk pelaporan berkala dan daripada segi fahaman tentang RMK13 serta sesi libat urus yang kita telah laksanakan di kawasan pedalaman supaya kita mendengar masalah daripada suara rakyat sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#Sarawak
#Hanifah Hajar Taib
#autonomi ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan