Kerajaan bersedia menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat peristiwa Memali sekiranya ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk keluarga mangsa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata keadilan perlu ditegakkan dan orang yang bertanggungjawab terhadap peristiwa itu mesti dipertanggungjawabkan.
"Saya selaku Menteri Dalam Negeri akan meneliti sendiri semua laporan mengenai peristiwa tersebut," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang di sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata dalam menegakkan undang-undang semua pihak perlu mengetepikan perbezaan politik.
Peristiwa Memali pada 19 Nov 1985 menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.
Ahmad Zahid berkata bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam dalam bukunya bertajuk 'Frankly Speaking' ada menyebut bahawa beliau mendapat arahan untuk menghapuskan Kampung Memali kerana terdapat unsur keganasan dan militan yang dilakukan oleh pemimpin PAS.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata pemimpin yang mendakwa dirinya tiada dalam negara ketika tragedi tersebut berlaku, diminta mengakuinya.
"Peristwa Memali telah berlalu lebih dua dekad, namun kita harus ingat mangsa, keluarga, anak-anak yatim yang meninggal dunia dinafikan hak oleh pemerintah ketika itu."Akibatnya ia kini menjadi isu kerana darah dan nyawa yang hilang dipandang mudah oleh orang yang melaksanakan kuasa, tetapi tidak mudah dilupakan oleh mangsa," katanya.- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2017
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata keadilan perlu ditegakkan dan orang yang bertanggungjawab terhadap peristiwa itu mesti dipertanggungjawabkan. - Gambar fail
Potensi dilanda tsunami, pihak berkuasa tingkatkan amaran
Pihak berkuasa Indonesia tingkatkan lagi amaran Gunung Ruang di Sulawesi dengan mengeluarkan amaran tsunami susulan berlakunya sekali lagi letusan gunung ruang di wilayah Sulawesi utara pada Rabu.
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India
Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: UM mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan sentuh isu 3R sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Baharu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk meningkatkan pemantauan bagi mengesan sebarang hantaran yang menyalahi undang-undang.
Walaupun terluka, kami sudah lama maafkan UMNO - Penduduk Memali
Ruang kepada pihak yang terlibat untuk memperbetulkan keadaan dan memperbaiki kekhilafan yang dilakukan sebelum ini tidak pernah tertutup.
Pas gesa tubuh RCI rungkai peristiwa Memali
Pas menggesa kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat peristiwa hitam Memali pada 1985.
Pas Selangor gesa tubuh RCI siasat peristiwa Memali
PAS Selangor menggesa kerajaan Persekutuan supaya segera menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat kembali peristiwa Memali serta pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.
Cadangan tubuh RCI bagi peristiwa Memali bukan untuk aniaya sesiapa - MB Kedah
Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berpendapat RCI berkenaan ditubuhkan sememangnya terdapat keperluan dan permintaan daripada pelbagai pihak termasuk waris mangsa.
Kerajaan sedia tubuh Suruhanjaya Diraja siasat tragedi Memali
Kerajaan bersedia menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat peristiwa Memali sekiranya ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk keluarga mangsa.