awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Selangor akur keputusan Mahkamah Persekutuan

Bernama
Bernama
22/02/2022
12:58 MYT
Kerajaan Selangor akur keputusan Mahkamah Persekutuan
Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim berkata selepas ini pihaknya yakin perkara sedemikian dapat dikurangkan dengan adanya panduan daripada Mahkamah Persekutuan. - Gambar fail
SABAK BERNAM: Kerajaan Negeri Selangor akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam memutuskan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tiada bidang kuasa untuk menggubal enakmen yang memberikan kuasa kepada Mahkamah Tinggi Syariah mendengar semakan kehakiman berhubung keputusan dikeluarkan pihak berkuasa agama negeri.
Susulan itu, Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim berkata selepas ini pihaknya yakin perkara sedemikian dapat dikurangkan dengan adanya panduan daripada Mahkamah Persekutuan.
"Saya sebagai speaker dan ketua legislatif Selangor bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan kerajaan negeri akur dan menghormati keputusan tersebut.
"Kita tahu undang-undang negeri dan persekutuan (undang-undang) ada bercanggah, ia perkara biasa. Namun apabila mahkamah memutuskan (keputusan) kita akur dan kerajaan negeri perlu faham dengan perkara tersebut," katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Bantuan Pakaian Sekolah bagi pelajar terjejas banjir tahun lepas, di Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, hari ini.
Pada 22 Sept tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran kepada Sister In Islam (SIS) Forum (Malaysia) untuk meneruskan tindakan perundangannya di Mahkamah Persekutuan menerusi Perkara 4 (4) Perlembagaan Persekutuan.
SIS memohon kebenaran itu untuk mendapatkan satu deklarasi bahawa Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah tidak sah.
Mengenai kebarangkalian kes COVID-19 terus meningkat semasa sidang DUN bermula 14 hingga 25 Mac depan, ADUN Sekinchan itu berkata jika perkara terbabit berlaku berkemungkinan ujian saringan secara harian akan dilakukan ke atas kesemua ADUN dan pegawai terlibat berbanding saringan dua kali seminggu sebelum ini.
Ng berkata untuk sidang DUN kali ini akan membabitkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan bagi memberi lebih banyak bantuan kepada mangsa banjir serta rancangan dan projek untuk mengatasi banjir di negeri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DUN Selangor
#Mahkamah Persekutuan
#semakan kehakiman
#Ng Suee Lim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan