awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Selangor nafi tanah rizab Melayu turun mendadak

Bernama
Bernama
12/04/2023
07:27 MYT
Kerajaan Selangor nafi tanah rizab Melayu turun mendadak
Kerajaan negeri menafikan dakwaan tanah rizab Melayu di Selangor turun mendadak sebaliknya menunjukkan peningkatan berbanding sebelum negara mencapai kemerdekaan. - Gambar fail
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sentiasa berusaha secara berterusan untuk mengekalkan dan mengawal keluasan tanah rizab Melayu sedia ada termasuk melakukan pemantauan secara rapi dengan setiap pembatalan tanah berkenaan perlu digantikan, kata Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Haris Kasim.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata kerajaan negeri menafikan dakwaan tanah rizab Melayu di Selangor turun mendadak sebaliknya menunjukkan peningkatan berbanding sebelum negara mencapai kemerdekaan.
"Berdasarkan data yang direkodkan keluasan tanah rizab Melayu di Selangor menunjukkan peningkatan berbanding sebelum Hari Merdeka. Sehingga Februari 2023 tanah rizab Melayu di Selangor adalah seluas 162,508.97 hektar, meningkat sebanyak 29.1 peratus berbanding pada 1948 seluas 125,845.00 hektar.
"Sehingga kini, terdapat peningkatan dan penurunan data keluasan tanah rizab Melayu di Selangor dalam tempoh tersebut akibat daripada kesan pembatalan serta penggantian tanah rizab Melayu. Ia bertujuan untuk pembangunan infrastruktur awam dan pengambilan balik tanah untuk kemudahan awam seperti pembinaan lebuh raya, lapangan terbang, loji rawatan air dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata sedemikian bagi menjawab dakwaan Ketua Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang dilaporkan sebuah portal media pada 10 April lepas.
Menurutnya pemantauan dibuat melalui pemakaian Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor (PTGS) Bil. 7/2001 mengenai Dasar dan Garis Panduan Pembatalan dan Penggantian Tanah Rizab Melayu serta Pekeliling PTGS Bil. 3/2015 mengenai Garis Panduan Urusan Pembatalan dan Penggantian Tanah Rizab Melayu (TRM) Semasa Pengambilan Tanah Bagi Tujuan Awam Atau Kemudahan Awam Bagi Kegunaan Kerajaan Negeri Dan Kerajaan Persekutuan Di Negeri Selangor Darul Ehsan.
Beliau berkata usaha tersebut turut mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia melalui penerimaan Sijil Penghargaan Amalan Terbaik Pengumpulan Data Tanah Rizab Melayu yang telah disampaikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa Mesyuarat Majlis Tanah Negara yang diadakan pada 3 Dis 2018.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah rizab Melayu
#Selangor
#turun mendadak
#Pas Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan