SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sedang berunding dengan pengeluar telur ayam di negeri ini dalam usaha menurunkan harga sumber protein itu di bawah harga pasaran dan sebagai persediaan bekalan sehingga sambutan Aidilfitri, Mei depan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Izham Hashim berkata pelbagai kaedah untuk membantu pengeluar telur ayam sedang diusahakan termasuk aspek sewaan tapak dan makanan ternakan dalam memastikan harga telur ayam dapat diturunkan.
"Kita nak pastikan harga telur ayam berada pada tahap betul-betul rendah bawah harga siling yang ditetapkan kini. Di Selangor setakat ini, bekalan tidak (berkurangan) sangat tetapi harga (agak tinggi).
"Insya-Allah minggu ini harga telur ayam mengikut gred akan selesai ditetapkan sebelum dipasarkan dalam Program Intervensi Harga Makanan Ehsan bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)", katanya pada pemberita selepas Majlis Anugerah Ikon Agro Selangor 2021 di sini, malam tadi.
Dalam pada itu Izham berkata pihaknya juga mula menambah bekalan ikan dan daging lembu untuk dipasarkan di bawah harga siling di dua outlet PKPS iaitu Pasar Borong Selangor dan Wisma PKPS.
Katanya, insentif itu akan diperluas ke seluruh negeri luar daripada outlet PKPS selepas ini supaya lebih ramai rakyat mendapat manfaat harga yang rendah menerusi program tersebut.
Pada Sabtu lepas (5 Feb), kerajaan Selangor melalui PKPS mula melaksanakan Program Intervensi Harga Makanan Ehsan, dengan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM8 sekilogram sebagai usaha menangani lonjakan harga barang makanan ketika ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022
Izham berkata, Selangor ketika ini tidak mengalami kekurangan bekalan telur yang teruk tetapi harganya agak tinggi. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Penurunan harga telur: Peniaga lega, bantu kurangkan kos operasi
Penurunan harga runcit telur ayam memberi peluang kepada peniaga khususnya penjual makanan meraih sedikit keuntungan.
Johor kerjasama dengan FAMA wujudkan mekanisme pembayaran tanpa tunai BRAJ
Langkah itu dapat membezakan pembelian rakyat tempatan dan warga asing khususnya Singapura yang turut berbelanja di bazar berkenaan.
Syarikat peruncit didakwa jual telur ayam gred B melebihi harga maksimum
Syarikat peruncit Kumpulan Usaha Keluarga Jaya Sdn Bhd dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjual telur ayam gred B melebihi harga maksimum pada awal tahun ini.
Harga siling ayam, telur kekal sehingga selepas Aidilfitri - Salahuddin
KPDN beri jaminan bahawa bekalan ayam dan telur mencukupi serta dijual mengikut harga siling yang ditetapkan, sepanjang Ramadan dan Aidilfitri.
Menyamar kapten tentera tipu jual telur, suami isteri didakwa
Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu pembekalan 4,245 papan telur ayam tidak wujud, hujung tahun lalu.
Lebih 18 juta telur ayam diedarkan FAMA sejak November 2022
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengedarkan sebanyak 18.06 juta biji telur ayam untuk dipasarkan melalui 368 outlet peruncitannya sejak November tahun lepas hingga hari ini.
Pengeluaran bekalan telur ayam dalam negara beransur stabil - Mohamad
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menjangkakan pengeluaran bekalan telur ayam dalam negara kembali pulih menjelang hujung tahun ini.
Subsidi telur ayam diteruskan hingga Jun dengan kos RM1.28 bilion
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan meneruskan penyediaan subsidi bagi telur ayam sehingga Jun 2023 melibatkan kos sebanyak RM1.28 bilion.
Bekalan ayam, telur mencukupi menjelang Ramadan - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengesahkan bahawa bekalan ayam serta telur di Malaysia adalah mencukupi bagi menampung permintaan tinggi menjelang bulan Ramadan ini.
Gerai jual ayam dan telur RM10 diserbu pengunjung di Jualan JER 2.0
Pengunjung sanggup beratur seawal 8 pagi kerana barangan tersebut dijual pada harga runtuh, iaitu masing-masing hanya RM10.