awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan serius tangani isu populasi Harimau Malaya - PM

Bernama
Bernama
10/01/2022
09:06 MYT
Kerajaan serius tangani isu populasi Harimau Malaya - PM
Jika tindakan segera tidak dilakukan, Malaysia berhadapan dengan risiko kepupusan Harimau Malaya. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan serius menangani isu populasi Harimau Malaya atau nama saintifiknya Panthera tigris jacksoni di hutan negara yang kini berjumlah kurang daripada 150 ekor.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jika tindakan segera tidak dilakukan, Malaysia berhadapan dengan risiko kepupusan Harimau Malaya yang menjadi simbol Jata Negara, lambang negeri-negeri serta pelbagai kementerian, jabatan dan agensi.
"Lebih membimbangkan, spesies ikonik negara itu akan hilang buat selama-lamanya," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Pasukan Petugas Kebangsaan Bagi Konservasi Harimau Malaya (MyTTF) di Putarajaya, hari ini.
Mesyuarat dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun; Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari serta Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri mewakili Menteri Besar Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah dan Perak.
Di peringkat Persekutuan, ia dihadiri Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta wakil daripada kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan.
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#ismail sabri yaakob
#Aminuddin Harun
#Amirudin Shari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan