BANGI: Kerajaan bersetuju membenarkan pengambilan pekerja asing khusus untuk sektor perladangan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), kata menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata, perkara itu telah dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri kepadanya yang memutuskan hanya sektor perladangan pada masa ini yang dibenarkan untuk mengambil pekerja asing.
"Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia bersetuju bahawa pekerja asing selain sektor perladangan tidak dibenarkan masuk lagi tetapi untuk industri perladangan ia terbuka dan diberi peluang.
"Setakat kaji selidik sehingga Disember 2023, kita menganggarkan seramai 40,000 pekerja diperlukan ketika ini, tetapi mana-mana syarikat yang terlibat dalam perladangan perlu mengemukakan permohonan (pengambilan pekerja asing),” katanya kepada media pada Selasa.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) 2023, di sini.
Johari turut menegaskan syarikat yang ingin membuat permohonan pengambilan pekerja asing untuk industri perladangan perlu memastikan kehendak spesifik pekerjaan di ladang dan bukan dalam sektor lain.
"KPK juga akan memastikan sesiapa yang membawa masuk pekerja asing akan menyediakan tempat tinggal yang elok dan sempurna kerana kita tidak mahu timbul isu pekerja asing dianggap dalam keadaan buruh paksa.
"Saya difahamkan oleh menteri KDN, mana-mana syarikat yang membawa masuk pekerja asing ke dalam negara kemudian tidak ada kerja, tetap kena bayar gaji kepada pekerja tersebut untuk mengelak negara kita daripada dituduh sebagai mengamalkan pemerdagangan manusia atau buruh paksa,” katanya.
Terdahulu, Johari menyaksikan penyerahan dana khusus untuk Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TPKS 2.0) berjumlah RM100 juta daripada MPOB kepada Agrobank.
Dana yang disediakan menerusi Belanjawan 2024 terdiri daripada komponen geran (50 peratus) dan sebahagian lagi adalah pembiayaan (50 peratus) kepada pekebun kecil persendirian.
Penyaluran dana bagi kedua-dua komponen geran dan pembiayaan akan disalurkan sepenuhnya oleh Agrobank dan bayaran balik oleh pemohon hanya melibatkan 50 peratus (termasuk dua peratus faedah) daripada keseluruhan jumlah dana disalurkan.
Nilai pembiayaan adalah sebanyak RM14,000 per hektar untuk pekebun kecil di Semenanjung Malaysia manakala RM18,000 per hektar kepada pekebun kecil di Sabah dan Sarawak dan permohonan telah dibuka bermula 15 Januari lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024
Johari berkata, perkara itu telah dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri kepadanya yang memutuskan hanya sektor perladangan pada masa ini yang dibenarkan untuk mengambil pekerja asing. - Gambar fail/Bernama
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
[TERKINI] Kawalan ketat di semua balai polis dan individu berprofil tinggi
Kawalan keselamatan di balai polis dan kawasan yang melibatkan individu berprofil tinggi termasuk istana akan dipertingkatkan susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu turut merangkumi keselamatan anggota polis dan individu berprofil tinggi termasuk menteri besar.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu turut merangkumi keselamatan anggota polis dan individu berprofil tinggi termasuk menteri besar.
Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor.
Jemaah Islamiyah masih berakar umbi?
Bersama Pertahanan, Keselamatan dan Kajian Strategik UPNM, Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kawalan balai, kawasan profil tinggi dipertingkat - KPN
Kawalan keselamatan di balai polis dan kawasan yang melibatkan individu berprofil tinggi termasuk istana akan dipertingkatkan susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.
Ambil serius luahan petugas kesihatan - Cuepacs
Cuepacs menggesa kerajaan supaya melakukan siasatan menyeluruh mengenai isu kekurangan doktor dan petugas kesihatan di beberapa hospital.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kawalan balai, kawasan profil tinggi dipertingkat
Berita terkini berhubung kejadian jam 2.45 pagi tadi di mana dua anggota polis maut diserang suspek yang dipercayai anggota JI.