PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju melaksanakan penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel yang hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Menurutnya, bagi membendung kenaikan mendadak harga barang dan perkhidmatan, kerajaan akan terus menyediakan subsidi diesel kepada peniaga yang menggunakan kenderaan komersial bermotor diesel.
Tambah beliau, ia melibatkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).
“Maknanya pengusaha bas, teksi, nelayan akan terus dipelihara dengan subsidi, bantuan untuk membantu mereka. Kerajaan juga akan terus memberi subsidi diesel kepada yang layak…petani kecil, pesawah.
“Maknya untuk B40, M40 yang menggunakan diesel dalam penggunan kecil seperti pertanian, perlombongan, penternakan, nelayan akan dibantu.
“Maknanya mereka tidak akan terkesan dengan penyasaran ini…yang tidak akan menerima manfaat dalam penyiaran ini adalah golongan T20, orang terkaya di atas dan 3.8 juta warga asing,” katanya.
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar RM4 bilion setahun.
Tambah beliau, kesan penyasaran itu adalah kepada golongan ‘maha kaya’ dan warga asing.
Katanya lagi, sekiranya ada rakyat kebanyakan terbeban, mereka boleh merujuk kepada Kementerian Pengangkutan dan kementerian berkaitan untuk menyelesaikan isu tersebut.
“Tentunya saya jangka ada pihak akan gembar-gemburkan isu ini. Insya-Allah, saya dengan teman-teman menteri akan menjawab.
“Ini kerana saya beri pengakuan, sebarang penyasaran subsidi tidak harus membebankan rakyat terbanyak.
“Kalau ditanya kenapa perlu (penyasaran subsidi), ini kerana kita tidak mampu beri subsidi kepada golongan kaya dan warga asing,” tegas beliau.
Beliau berkata demikian dalam Perutusan Negara Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di semua saluran media tempatan pada Selasa.
Ridauddin Daud
Tue May 21 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Anwar bidas keputusan unilateral sesetengah negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas keputusan unilateral diambil oleh sesetengah negara, kerana ia hanya menunjukkan kuasa dan keangkuhan serta tidak mempedulikan kepentingan terutama negara kecil.
PM Anwar seru tingkatkan dialog antara peradaban
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru agar ditingkatkan dialog yang konstruktif dan bermaruah antara peradaban, di samping menekankan bahawa penglibatan sedemikian mesti diasaskan atas pengiktirafan bersama terhadap maruah, kekuatan dan kepelbagaian budaya.
Pelan Induk Perdagangan Pengedaran 2025-2035 digubal - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang menggubal Pelan Induk Perdagangan Pengedaran 2025-2035, yang dijangka akan dilancarkan selewat-lewatnya pada suku keempat tahun ini.
Pemandu Maserati warga Singapura tidak mengaku
Tertuduh, Muhammad Irshad Abdul Hameed, 27, yang juga seorang penjawat awam di republik berkenaan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.
1,500 pokok ketum haram di tanah rizab dimusnahkan
JSJ Hilir Perak berjaya memusnahkan 1,500 tanaman pokok ketum haram petang tadi.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Warga emas hilang ditemukan lemas
Tragedi menyayat hati menimpa seorang warga emas, Saudah Mat Zin, 71 tahun, yang dilaporkan hilang semalam dan akhirnya ditemui lemas di Sungai Setol, Bukit Jawa, Selising.
Operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan polis serta bomba menemukan mayat mangsa pada tengah hari tadi.
Operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan polis serta bomba menemukan mayat mangsa pada tengah hari tadi.
TLDM siasat insiden bot hilang kawalan
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memaklumkan pihaknya akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian sebuah bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dipercayai hilang kawalan semasa melaksanakan raptai demonstrasi keupayaan sempena perasmian Segmen Maritim Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) pada Khamis.
Polis sahkan pelanggaran bot pasukan keselamatan di Langkawi
Polis sahkan insiden pelanggaran melibatkan bot pasukan keselamatan dengan sebuah bot pelancong ketika menjalani latihan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25) di Langkawi.
Polis Kedah rampas bunga ganja bernilai RM1.6 juta
Ketua Polis negeri, Datuk Fisol Salleh, berkata kegiatan sindiket itu terbongkar selepas dua transporter iaitu seorang lelaki tempatan dan seorang warga Thailand ditahan di ICQS itu.Polis Kedah

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Belia harus tampil sebagai agen perubahan dalam menghadapi cabaran - PM Anwar
Golongan belia perlu tampil sebagai agen perubahan dalam menghadapi cabaran semasa dengan berteraskan semangat, keberanian dan idealisme.

PM Anwar kagumi nilai sejarah Hotel Metropol Moscow, legasi sastera Rusia
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Hotel Metropol yang bersejarah di Moscow mencetuskan momen bermakna.

PM Anwar sampaikan perspektif Malaysia di Rusia, terima anugerah Doktor Kehormat MGIMO
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penghormatan menyampaikan syarahan umum di pusat pengajian terkenal di Rusia, Moscow State Institute of International Relations University (MGIMO).

Anwar temui Mufti Besar Rusia, erat ukhuwah Muslim dua negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Mufti Besar Rusia Sheikh Ravil Gaynutdin sejurus selesai sesi pertemuan rasmi beliau dengan Presiden Rusia.

Putin: Hubungan Rusia-Malaysia berkembang dengan tumpuan kerjasama lebih mendalam
Putin menyatakan bahawa hubungan Rusia-Malaysia semakin kukuh, sekali gus mengesahkan komitmen kedua-dua negara untuk memperdalam kerjasama.

Malaysia-Rusia komited perkukuh hubungan dua hala, teroka kerjasama baharu
Anwar tiba di Moscow pada Selasa untuk lawatan rasmi empat hari sebelum meneruskan segmen kedua lawatan ke Kazan, Tatarstan pada 15 Mei.

PM Anwar hadir mesyuarat meja bulat bersama pemain industri Rusia
Pemimpin industri Rusia menyatakan minat untuk meneroka kerjasama dalam bidang seperti makanan, pertanian, teknologi, logistik, hartanah dan kewangan, termasuk produk berasaskan sawit dan perabot.

Proses pengundian diaspora Malaysia akan dipermudah - PM
Beliau berkata terdapat pengundi di luar negara yang tidak dapat menunaikan tanggungjawab disebabkan proses pengundian yang sukar.

Perdana Menteri tiba di Moscow untuk lawatan empat hari
Anwar dijangka mengadakan pertemuan bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin, dan Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin.