awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan setuju lantikan KP SPRM dibuat melalui undian ahli Parlimen - Azam

Bernama
Bernama
02/09/2020
10:51 MYT
Kerajaan setuju lantikan KP SPRM dibuat melalui undian ahli Parlimen - Azam
Azam berkata pengambilan atau penamatan pegawai atau kakitangan bukan dibuat oleh SPA sebaliknya dilakukan oleh SPRM sendiri.
Kerajaan telah bersetuju supaya pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ini dibuat melalui undian ahli Parlimen, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki.
Beliau berkata ia telah dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa khas kabinet mengenai rasuah baru-baru ini.
Katanya pelantikan jawatan nombor satu dalam SPRM itu memerlukan dua pertiga undian daripada ahli Parlimen.
“Sekiranya (untuk) ditamatkan perkhidmatan (Ketua Pesuruhjaya SPRM), ia juga perlu melalui tribunal khas dan tidak boleh ditamatkan begitu sahaja oleh Yang di-Pertuan Agong atau atas nasihat Perdana Menteri.
“Mesyuarat yang dipengerusi oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu juga bersetuju untuk mengadakan Suruhanjaya Perkhidmatan di bawah SPRM sendiri,” katanya dalam temu bual bersama radio Melakafm, hari ini.
Menjelaskan perkara itu, Azam berkata pengambilan atau penamatan pegawai atau kakitangan bukan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebaliknya ia akan dilakukan oleh pihak SPRM sendiri.
Beliau berkata kebebasan yang diberikan kepada SPRM untuk melantik dan juga menamatkan pegawai atau kakitangannya itu menunjukkan ketelusan kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#kabinet
#kelulusan
#Muhyiddin Yassin
#Parlimen
#penamatan
#Perdana Menteri
#Rasuah
#SPRM
#undian
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan