awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan setuju tubuhkan Ombudsman Malaysia bagi perkukuh tatakelola awam - PM Anwar

Bernama
Bernama
08/12/2025
09:30 MYT
Kerajaan setuju tubuhkan Ombudsman Malaysia bagi perkukuh tatakelola  awam - PM Anwar
Perdana Menteri mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) Siri 8 di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, hari ini. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menubuhkan Ombudsman Malaysia sebagai agensi pusat untuk mengurus dan menyelesaikan aduan awam dengan mandat lebih menyeluruh merangkumi isu salah tadbir, salah laku, perlindungan pemberi maklumat dan kebebasan maklumat.

Ringkasan AI
  • Kerajaan akan menubuhkan Ombudsman Malaysia sebagai agensi pusat untuk menyelesaikan aduan awam berkenaan isu seperti salah tadbir dan kebebasan maklumat.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan penubuhan Ombudsman Malaysia menunjukkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh hak rakyat dan integriti sektor awam.
  • Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) Siri 8 turut mencapai persetujuan penting untuk pembaharuan dasar dan perundangan bagi meningkatkan keberkesanan pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu merupakan antara persetujuan penting yang dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) Siri 8 yang beliau pengerusikan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, hari ini.
Beliau berkata penubuhan Ombudsman Malaysia menzahirkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh hak rakyat serta memelihara integriti sektor awam, dan Rang Undang-Undang Ombudsman Malaysia dijadual dibentangkan pada awal 2026.
"Melalui Mesyuarat JKKTN Siri 8 pagi ini, beberapa persetujuan penting membabitkan pembaharuan dasar dan perundangan telah dicapai bagi memperkukuh keberkesanan serta integriti pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Beliau berkata Kerajaan MADANI turut memberi penekanan terhadap peningkatan tahap pematuhan korporat bagi syarikat yang mengurus dana awam agar mandat sosial mereka dilaksanakan mengikut standard tadbir urus yang baik serta berpaksikan kerangka undang-undang lebih tersusun.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ini termasuk cadangan penggubalan undang-undang baharu bagi menyelaras Perusahaan yang Dimiliki atau Dikawal oleh Kerajaan (SOE) termasuk anak syarikat badan berkanun.
"Persetujuan ini mencerminkan iltizam teguh Kerajaan MADANI untuk memacu reformasi institusi, dasar dan perundangan secara holistik demi mengukuhkan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap ketelusan pentadbiran negara dan mutu perkhidmatan awam," katanya.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Ombudsman Malaysia
#tatakelola
#Kerajaan Madani
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan