Kerajaan akan tetap menyokong kebebasan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mengurus dasar monetari negara, di samping lain-lain tanggungjawab yang dimandatkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Beliau berkata kerajaan Malaysia juga komited dalam meneruskan langkah-langkah pembaharuan dan pengukuhan kedudukan fiskal, termasuk meneruskan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan pengurangan defisit fiskal secara berperingkat ke arah mencapai bajet seimbang menjelang 2020.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan tidak akan memperkenal kawalan modal atau tambatan ringgit memandangkan asas ekonomi negara yang kukuh dan persekitaran yang berbeza berbanding semasa krisis kewangan Asia pada 1997-1998.
"Sudah menjadi tanggungjawab BNM untuk menguruskan dasar monetari negara. Sehubungan itu, kerajaan tetap menyokong kebebasan BNM tersebut di samping lain-lain tanggungjawab yang dimandatkan," katanya pada sidang media di Perdana Putra di sini.
Najib berkata kerajaan telah memantau dengan teliti perkembangan terkini pasaran kewangan, termasuk pergerakan mata wang, dan jemaah menteri dan Majlis Ekonomi telah membincangkan secara terperinci mengenai perkara tersebut.
Katanya Gabenor BNM Tan Sri Zeti Akhtar Aziz juga telah memberikan taklimat khas kepada Majlis Ekonomi pada 17 Ogos dan Jemaah Menteri pada 19 Ogos manakala semalam, beliau mengadakan perbincangan dengan pakar ekonomi dan penganalisis dari dalam dan luar negara untuk mendapatkan penilaian mengenai situasi ekonomi dan pasaran kewangan.
Najib berkata susulan perbincangan tersebut, kerajaan mengambil ketetapan bahawa asas ekonomi negara kekal kukuh seperti yang dicerminkan dalam pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.9 peratus pada suku kedua 2015 yang diumumkan minggu lepas.
Katanya struktur ekonomi terus kukuh didokong sektor perkhidmatan dan pembuatan yang menyumbang 76.6 peratus kepada KDNK sungguhpun sektor-sektor perlombongan termasuk minyak dan gas serta pertanian berkurang kepada 17.9 peratus daripada KDNK.
"Struktur ekonomi yang kini dipelbagaikan telah mengurangkan pergantungan hasil kerajaan ke atas minyak dan gas," katanya.
Beliau berkata langkah kepelbagaian ekonomi tersebut membolehkan hasil berkaitan minyak dikurangkan daripada 41 peratus pada tahun 2009 ke pada bawah paras 30 peratus pada tahun lepas.
"Dalam hal ini, kerajaan akan meneruskan program transformasi ekonomi bagi mengukuhkan struktur dan kepelbagaian ekonomi," katanya.
Najib berkata keadaan pasaran buruh di negara ini kekal stabil dengan kadar pengangguran rendah 3.1 peratus pada Mei 2015, dan kadar inflasi kekal pada paras yang rendah.
"Daya tahan sistem kewangan kekal utuh. Pasaran kewangan domestik terus berfungsi dengan teratur dan aktiviti pengantaraan kewangan terus berfungsi dengan cekap, memenuhi keperluan kewangan dan pembiayaan ekonomi dalam negara," katanya.
Mengenai maklum balas sektor swasta ke atas kedudukan ekonomi Malaysia, Najib berkata mereka memahami dasar dan pendekatan mesra pasaran yang dilaksanakan oleh kerajaan.
"Pada asasnya mereka senang dengan dasar ini, dan mereka juga menyedari bahawa faktor luar banyak menjejaskan ringgit," katanya.
Ditanya sama ada ketidaktentuan pergerakan ringgit menjejaskan pelaburan ke Malaysia, Najib berkata pelaburan masih kukuh.
"Kita harap mereka (pelabur) dapat melihat kepada jangka masa pendek dan panjang di mana pengukuhan ekonomi, penyepaduan fiskal, bajet seimbang dan pembaharuan, akan memastikan kesan ekonomi yang lebih mantap," katanya.
Bernama
Thu Aug 20 2015
NAJIB: Kerajaan akan tetap menyokong kebebasan Bank Negara dalam mengurus dasar monetari negara di samping lain-lain tanggungjawab yang dimandatkan. -Gambar fail
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan belian semasa harga rendah
Aktiviti belian saham semasa harga rendah mendorong Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis selepas menyusut semalam.
Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".
1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.
Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.
BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.
Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.
RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju
OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.
OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.
Malaysia tidak jangka kemelesetan pada 2023 - Gabenor BNM
Inflasi dijangka kekal tinggi tetapi Malaysia tidak menjangkakan kemelesetan pada 2023, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.