awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tarik balik kelonggaran syarat lulus BM

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
05/07/2017
08:44 MYT
Kerajaan tarik balik kelonggaran syarat lulus BM
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini menarik balik kelonggaran syarat kelayakan lulus dengan kepujian Bahasa Melayu peringkat SPM bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred UD41.
Kabinet memutuskan tiada kelonggaran berkaitan Bahasa Melayu diizinkan untuk sebarang jawatan awam, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Datuk Seri Ahmad Zahid berkata Mesyuarat Kabinet memutuskan kelonggaran syarat kelayakan lulus dengan kepujian Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred UD41 ditarik balik.
Beliau juga menjelaskan semua lantikan kontrak baharu bagi Pegawai Perubatan Gred UD41 tanpa mempunyai kelulusan Bahasa Melayu (BM) SPM boleh menduduki kertas BM secara tunggal bermula November ini yang mana peperiksaan itu akan dikendalikan Kementerian Pendidikan pada setiap Jun dan November.
Katanya lagi, Akta Perubatan 1972 akan dipinda untuk mewajibkan perkhidmatan pegawai perubatan selama dua tahun selepas tamat latihan amali perubatan dan memasukkan syarat kelulusan Bahasa Melayu.
"Jemaah Menteri komited untuk mempertahankan Perkara 152 yang termaktub dalam Perlembagaan.
"Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan merupakan bahasa rasmi Persekutuan iaitu selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu, Datuk Seri Ahmad Zahid mempengerusikan Mesyuarat Kabinet yang antaranya membincangkan isu kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu dalam lantikan kontrak Pegawai Perubatan yang menimbulkan polemik dan bantahan umum.
Sebelum ini, isu kelonggaran syarat kelayakan BM di peringkat SPM untuk pengambilan pegawai perubatan Gred UD41 secara kontrak hangat diperdebatkan, selepas Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan mengenainya.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
#jemaah menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan