awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India perkukuh CSP, dalami kerjasama semikonduktor, pendidikan
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Cuaca panas: Pentadbir sekolah diberi autonomi urus aktiviti, pakaian murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tarik balik RUU had Perdana Menteri untuk dua penggal

Firdaus Azil
Firdaus Azil
26/08/2020
06:11 MYT
Kerajaan tarik balik RUU had Perdana Menteri untuk dua penggal
Takiyuddin Hassan bagaimanapun, tidak menjelaskan sebab utama mengapa RUU itu ditarik semula. - Gambar BERNAMA
Rang Undang-undang yang mencadangkan seorang Ahli Dewan Rakyat tidak boleh menjadi Perdana Menteri lebih daripada dua penggal telah ditarik balik sewaktu persidangan Dewan Rakyat, pagi ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan ketika bangun memohon penarikan itu, menjelaskan, tindakan itu dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 62, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat
Namun Ahli Parlimen Kota Bharu itu tidak menjelaskan sebab utama mengapa RUU itu ditarik semula.
"Saya bangun untuk memohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon untuk menarik balik DR 42/2019 Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2019 dan DR 25/2019 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis 2019 seperti yang tertera di nombor enam dan tujuh aturan urusan mesyuarat hari ini," katanya.
Media melaporkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 2) 2019 itu telah dibentangkan oleh Menteri Undang-undang ketika itu, Datuk Liew Vui Keong untuk bacaan kali pertama pada 3 Disember tahun lalu.
Ia bertujuan untuk menggantikan perenggan (a) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan untuk mengadakan peruntukan bagi kriteria tambahan berhubung dengan kelayakan ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.
Melalui pindaan yang dicadangkan itu, seseorang ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik sebagai Perdana Menteri jika dia pernah memegang jawatan Perdana Menteri bagi tempoh dua penggal Parlimen.
Selain itu, Takiyuddin juga memohon penarikan semula Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019, yang sepatutnya melalui bacaan kali kedua pada penggal ini.
Ia telah digantikan dengan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2020 untuk bacaan kali pertama pada Rabu.
Topic Berkaitan
#Ahli Dewan Rakyat
#dua penggal
#Parlimen
#Perdana Menteri
#Rang Undang Undang
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan