awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas: Pentadbir sekolah diberi autonomi urus aktiviti, pakaian murid

Bernama
Bernama
08/02/2026
04:10 MYT
Cuaca panas: Pentadbir sekolah diberi autonomi urus aktiviti, pakaian murid
Fadhlina menyampaikan ucapan pada Program Semarak Sejahtera Warga Emas di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Nibong Tebal hari ini. -- fotoBERNAMA
NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) prihatin terhadap kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta seluruh warga sekolah semasa berhadapan situasi cuaca termasuk cuaca panas ketika ini, khususnya di utara negara.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pentadbir sekolah diberi autonomi untuk membuat keputusan dalam menguruskan aktiviti dan operasi ketika cuaca panas termasuk berkenaan pemakaian pakaian sukan bagi menggantikan uniform sekolah.
"Perkara ini sudah kita ulang ingatkan setiap kali cuaca panas bahawa kita ada garis panduan dan nasihat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Kementerian Kesihatan (KKM). Jadi, saya mohon semua pentadbir sekolah mengikut garis panduan yang diberikan dari semasa ke semasa.
"Keadaan tersebut boleh diuruskan melalui garis panduan itu yang (antara lain) membenarkan dari segi pakaian dan aktiviti dalam cuaca panas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program dan Semarak Sejahtera Warga Emas Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Jalan Sungai Acheh di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Malaysia Datuk Che Murad Sayang Ramjan.
FADHLINA-CUACA 2 (AKHIR) NIBONG TEBAL
Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata garis panduan itu merangkumi aspek pemakaian, termasuk kebenaran untuk membuat penyesuaian seperti penggunaan pakaian sukan dan pengurusan aktiviti fizikal murid bergantung kepada tahap cuaca semasa.
"Pihak pentadbir sekolah mempunyai ruang untuk melihat keadaan dari semasa ke semasa dan membuat keputusan yang sesuai demi kebajikan murid dan guru asalkan berpandukan nasihat MetMalaysia dan KKM," katanya.
Beliau juga menyeru semua pentadbir sekolah sentiasa peka terhadap perubahan cuaca dan mengambil langkah proaktif bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat serta kondusif walaupun berhadapan cuaca luar jangka.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#cuaca panas
#sekolah
#autonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan