CYBERJAYA: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia meneliti keperluan untuk menetapkan kuota khas wajib tayang untuk syarikat televisyen tempatan menyiarkan animasi tempatan di saluran masing-masing.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata perkara itu dilihat dapat membantu pengkarya tempatan bagi menonjolkan karya mereka di khalayak umun.
"Ini satu perkara yang saya secara dasarnya menyokong, saya rasa ada keperluan untuk kita meneliti kandungan digital yang dihasilkan dalam negara kita bukan hanya untuk kita jana atau terbitkan tapi kita tayangkan dan pamerkan.
Kalau dalam filem kita ada skim wajib tayang, mungkin bagi animasi dan beberapa perkara yang lain kita perlu pertimbangkan apa dasar yang bersesuaian bagi membantu hasil karya kandungan digital ini untuk menonjolkan karya mereka kepada khalayak umum, terutamanya di Malaysia," katanya kepada media selepas sesi Taklimat Umum Industri Kreatif Siri 2: Kandungan Digital dan Teknologi Kreatif di sini hari ini.
Taklimat Umum anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) itu disertai hampir 400 peserta dan berlangsung lebih dua jam serta turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching, Pengerusi MDEC Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Mahadhir Aziz.
Fahmi berkata kerajaan juga bersedia meneliti perkara yang boleh diusahakan untuk membantu para pengkarya mengeksport karya mereka.
"Kita perlu lihat apa yang kita boleh lakukan untuk eksport hasil karya-karya ini ke setidak-tidaknya rantau Asia Tenggara, (kerana) berbanding dengan ASEAN, Malaysia kita lihat ada 34 juta penduduk tapi ASEAN ada lebih 660 juta penduduk.
"Jadi memang dari segi pasaran, peluangnya sangat banyak, maka kita akan teliti apa yang kita boleh lakukan untuk bantu mereka, bukan hanya dalam negara tapi untuk eksport karya mereka ke luar negara," katanya.
Pada masa sama, Fahmi berkata kerajaan juga akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak-pihak terlibat ekoran keluhan syarikat animasi tempatan yang mendakwa syarikat televisyen enggan membeli karya mereka kerana harganya yang tinggi.
"Ini isu ekonomi, saya perlu adakan sedikit perbincangan dengan lebih lanjut semua pihak terbabit untuk faham. Berbeza dengan karya produksi telefilem atau produksi lain, memang animasi tidak boleh kita tolak realiti bahawa ia lebih memakan sumber, ia perlukan sumber besar, dan sama ada stesen televisyen kita mampu atau tidak.
"Mungkin di sini untuk tahun depan, mungkin kita boleh pertimbangkan apa yang boleh kita lalukan untuk mungkin beri sokongan tambahan kepada pengkarya-pengkarya seperti Les Copaque," katanya.
Terdahulu ketika sesi town hall berkenaan, pengasas Les' Copaque Production Burhanuddin Md Radzi mengutarakan keluhan mengenai dilema pengusaha animasi tempatan mengenai hasil karya yang tidak dapat disiarkan dalam stesen televisyen tempatan akibat pelbagai faktor dan membangkitkan keperluan memberikan keutamaan kepada produk tempatan bagi siaran televisyen.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023
Fahmi berkata perkara itu dilihat dapat membantu pengkarya tempatan bagi menonjolkan karya mereka di khalayak umun. - Gambar fail/ Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kerajaan teliti cadangan wajib tayang untuk animasi tempatan di saluran televisyen
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia meneliti keperluan untuk menetapkan kuota khas wajib tayang untuk syarikat televisyen tempatan menyiarkan animasi tempatan di saluran masing-masing.