KUALA LUMPUR: Melihat kepada perkembangan penggunaan dron ketika ini, kerajaan akan mengkaji dasar berkaitan penggunaan dron dalam industri perkhidmatan penghantaran barangan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata walaupun aspek penerbangan berada itu di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan, namun penggunaan frekuensi atau spektrum itu adalah di bawah kawal selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
"Justeru, saya lihat ada keperluan untuk MCMC mengadakan perbincangan dan mungkin meneliti beberapa perkara supaya dasar adalah selaras dengan apa yang kita lihat sebagai potensi industri dron, terutamanya untuk penghantaran barangan," katanya selepas melawat Ibu Pejabat DHL Express Malaysia di Menara TM hari ini.
Sementara itu, katanya KKD dan MCMC juga akan meneliti beberapa perkara berkaitan hala tuju industri kurier.
"Secara umumnya pasca pandemik, banyak syarikat penghantaran barang menghadapi sedikit cabaran, jadi di pihak KKD dan MCMC, kita sedang meneliti beberapa perkara yang saya harap tidak lama lagi kita dapat buat sedikit pengumuman berkaitan indikasi tentang hala tuju industri kurier yang dikawal selia oleh MCMC," katanya.
Terdahulu Fahmi dalam ucapannya berkata kerajaan menerusi MCMC telah melaksanakan Pelan Accelerator Kurier Negara (PAKEJ) pada tahun 2021 bagi menyokong pertumbuhan industri pos dan kurier, te arah mencapai 30 parcel per kapita menjelang 2025.
"Inisiatif PAKEJ disasar membekalkan Malaysia dengan perkhidmatan kurier terbaik menerusi dengan asas 4R, yakni Boleh Dipercayai (Reliability) dari segi kualiti perkhidmatan; Liputan (Reach) yang lancar, Relevan menerusi pertumbuhan industri, dan Daya Tahan (Resilience) kemampanan.
"Adalah diharapkan inisiatif ini akan melonjakkan lagi pertumbuhan industri kurier, mengukuhkan ia sebagai enjin utama dalam memastikan kejayaan e-commerce dan ekonomi digital di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (dua, kiri) melihat pesawat dron DHL yang dipamerkan pada sesi lawatan kerja di Ibu Pejabat DHL Express, Menara TM hari ini. - Foto BERNAMA
Zelenskyy bertemu Erdogan bagi rundingan damai Rusia-Ukraine
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, tiba di Ankara dan disambut penuh istiadat oleh Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdogan bagi membincangkan usaha damai perang Rusia-Ukraine.
Pertemuan ini berlangsung dalam bayang ketidaktentuan rundingan damai dengan Rusia yang dijadualkan di Istanbul.
Pertemuan ini berlangsung dalam bayang ketidaktentuan rundingan damai dengan Rusia yang dijadualkan di Istanbul.
Zelenskyy dakwa delegasi Rusia di Turkiye hanya 'boneka'
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mendakwa Rusia hanya menghantar wakil berpangkat rendah tanpa mandat jelas ke Turkiye bagi rundingan damai kedua negara itu susulan konflik yang berlaku.
Kilang di China kembali sibuk urus pesanan dari AS
Lonjakan pengeluaran itu berlaku selepas China dan AS pada Isnin mengumumkan satu siri langkah pengubahsuaian tarif yang bertujuan untuk meredakan ketegangan perdagangan.
Rusia mahu keamanan yang berpanjangan
Ketua Delegasi Rusia pada Rundingan Damai di Turki, Vladimir Medinsky berkata, Matlamat Moscow adalah untuk mendapatkan keamanan berpanjangan dengan Kyiv dengan mencari titik persamaan dan mengelak sebarang konflik.
Tiga orang awam didakwa terbunuh dalam konflik di Papua, Indonesia
Dalam insiden tembakan yang berlaku ketika penduduk sedang lena tidur, tiga orang awam termasuk seorang ibu, seorang kanak-kanak, dan seorang ketua kampung dilaporkan terbunuh di provinsi Papua, Indonesia.
Ketua Cawangan Persekutuan Gereja-Gereja di Indonesia, Ronald Richard Tapilatu, menyuarakan kekesalan terhadap keganasan yang meragut nyawa mereka yang tidak berdosa.
Ketua Cawangan Persekutuan Gereja-Gereja di Indonesia, Ronald Richard Tapilatu, menyuarakan kekesalan terhadap keganasan yang meragut nyawa mereka yang tidak berdosa.
Anwar bidas keputusan unilateral sesetengah negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas keputusan unilateral diambil oleh sesetengah negara, kerana ia hanya menunjukkan kuasa dan keangkuhan serta tidak mempedulikan kepentingan terutama negara kecil.
PM Anwar seru tingkatkan dialog antara peradaban
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru agar ditingkatkan dialog yang konstruktif dan bermaruah antara peradaban, di samping menekankan bahawa penglibatan sedemikian mesti diasaskan atas pengiktirafan bersama terhadap maruah, kekuatan dan kepelbagaian budaya.
Pelan Induk Perdagangan Pengedaran 2025-2035 digubal - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang menggubal Pelan Induk Perdagangan Pengedaran 2025-2035, yang dijangka akan dilancarkan selewat-lewatnya pada suku keempat tahun ini.
Pemandu Maserati warga Singapura tidak mengaku
Tertuduh, Muhammad Irshad Abdul Hameed, 27, yang juga seorang penjawat awam di republik berkenaan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.
1,500 pokok ketum haram di tanah rizab dimusnahkan
JSJ Hilir Perak berjaya memusnahkan 1,500 tanaman pokok ketum haram petang tadi.

Kerajaan teliti dasar penggunaan dron sebagai penghantar barangan - Fahmi Fadzil
Melihat kepada perkembangan penggunaan dron ketika ini, kerajaan akan mengkaji dasar berkaitan penggunaan dron dalam industri perkhidmatan penghantaran barangan.